Terkini : Toh Puan Zurina, isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia

Terkini : Toh Puan Zurina, isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia

Terkini : Toh Puan Zurina, isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia.

Toh Puan Zurina Kassim, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad dalam satu kenyataan, memaklumkan majlis penghormatan terakhir dijangka diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, jam 3.30 petang ini.

Ia akan disusuli majlis pengebumian yang dijangka disempurnakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini, selepas solat Asar.

Zurina dilahirkan di Duyong, Melaka pada 13 Julai 1944, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Februari 1965 pada usia 21 tahun dan dikurniakan tiga anak.

Terkini : Toh Puan Zurina, isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia

Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan seterusnya Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur sebelum ke luar negara selama 13 tahun bersama suami yang dilantik sebagai diplomat.

Ketika Mohd Khalil dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, Allahyarham turut memainkan peranan dalam aspek kebajikan, termasuk menubuhkan Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit, di sini.

Yayasan berkenaan yang ditubuhkan pada November 2009, bertujuan membantu pesakit buah pinggang menjalani rawatan susulan hemodialisis.

Baca Lagi:

Pemandu teksi gantung diri selepas bunuh adik

Hanya kerana ciapan di Twitter, wanita dihukum penjara 34 tahun

Penyanyi Malaysia maut terjatuh bangunan stesen MRT

CATEGORIES