“Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman” – Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media

“Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman” – Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media

“Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman” – Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media. Petugas media yang menunggu seawal jam 7 pagi akhirnya dibenarkan memasuki kawasan perumahan yang didiami Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi ini.

Selain diberikan kerusi dan meja untuk memastikan keselesaan petugas media, beberapa kakitangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menyediakan makanan dan minuman.

Salah seorang petugas media berkata, dirinya lega setelah dibenarkan masuk bagi membuat liputan dengan lebih dekat di hadapan rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman" - Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media

“Saya sampai seawal jam 7 pagi, masa tu tak boleh masuk, memang risau sebab bimbang terlepas gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, mungkin ada sedikit kekeliruan, saya dan beberapa lagi petugas media telah dibenarkan masuk,” katanya kepada Sinar Harian pada pagi ini.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi PH itu yang menyediakan kemudahan kepada para petugas media.

“Terima kasih kepada Datuk Seri sediakan makanan dan minuman, selain itu turut disediakan meja dan kerusi untuk keselesaan kami,” katanya.

Petugas media dari beberapa agensi hadir seawal jam 5 pagi di sekitar kawasan pintu masuk perumahan yang didiami Anwar bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan situasi berkaitan pembentukan kerajaan yang dijangka pada hari ini.

Baca Lagi:
Ini bukan kerajaan PH – Anwar
Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10
Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat
CATEGORIES