Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat

Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat

Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat.

Anak perempuan Perdana Menteri, Nina Sabrina menerusi Instagram Story mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin Umno di dalam sebuah kumpulan WhatsApp yang menentang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui perbualan itu menjelaskan beliau tidak akan sesekali melakukan kerjasama dengan PH malah, lebih rela dipecat oleh partinya sendiri.

Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat

Terdahulu, selain Ismail Sabri, ramai lagi ahli Barisan Nasional (BN) yang lain tidak mahu melakukan kerjasama dengan Pakatan Harapan seperti Bendahari BN, Hishammuddin Hussein.

Beberapa pemimpin Umno dan ahli parti turut mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat

BACA JUGA : 
Ramai ahli GPS tak gembira kerjasama bersama PN dan PAS
GPS bakal tarik ‘handbrake’ sokong Muhyiddin sebagai PM?
Rundingan Zahid dengan Anwar tidak sah!
CATEGORIES