Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10

Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10

Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10. Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia di sini menjadi tumpuan pagi ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengadakan pertemuan.

Difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Selepas pertemuan itu, difahamkan juga satu Iagi Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan dijalankan.

Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10

Tinjauan Kosmo! di pekarangan bagunan ini mendapati rata-rata pengamal media sudah berkumpul sejak pukul 7 pagi tadi, namun, setakat ini kelibat kedua-dua pemimipin parti belum tiba.

Baca Lagi:
Ismail Sabri tidak mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan, bersedia dipecat
Ramai ahli GPS tak gembira kerjasama bersama PN dan PAS
Selepas sidang media Ahli Parlimen BN, Wee Ka Siong mula buka mulut

 

CATEGORIES