Tak pernah disentuh manusia, saintis terkejut temui ‘kolam susu’ misteri dalam gua

Photo of author

By Joe

Tak pernah disentuh manusia, saintis terkejut temui ‘kolam susu’ misteri dalam gua. Saintis teruja selepas menemukan sebuah ‘kolam susu’ misteri di dalam gua bawah tanah di kedalaman kira-kira 700m di bawah permukaan, lapor Mirror.

Kolam yang tidak pernah disentuh oleh manusia itu telah ditemui oleh penjelajah di Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico, Amerika Syarikat.

Pekerja taman itu menyifatkan penemuan itu sebagai ‘pemandangan yang menakjubkan’ dan ‘benar-benar suci’, di mana kolam ‘dara’ itu dikelilingi oleh batu beku putih.

Tak pernah disentuh manusia, saintis terkejut temui 'kolam susu' misteri dalam gua

Walau bagaimanapun, warnanya yang kelihatan biru keruh dengan warna krim pada mata kasar sebenarnya adalah disebabkan oleh ilusi optik.

Menurut Earthly Mission, air kolam itu sebenarnya adalah sejernih kristal dan bukan biru keruh.

Ketua ekspedisi, Max Wisshak percaya air itu adalah hasil daripada tadahan air hujan purba yang meresap menerusi bumbung batu kapur.

Penemuan luar biasa itu berlaku di Gua Lechuguilla pada tahun 2019 dengan penjelajah berkongsi kegembiraan penemuan mereka itu di Facebook.

“Penjelajahan di dalam gua kadang-kadang menghasilkan pemandangan yang kecil tetapi menakjubkan. Kolam gua ini, yang ditemui di Gua Lechuguilla nampaknya benar-benar suci.
“Tepi di bawah kolam ini kelihatan seperti ‘jari kolam’, di mana ia mungkin koloni bakteria yang berkembang tanpa kehadiran manusia,” tulis muat naik itu.

Penemuan itu berlaku selepas pasukan tersebut diberikan kebenaran untuk meneroka di bahagian air utama yang dikenali sebagai ‘Lake of Liquid Sky’.

Kolam telah terasing selama ratusan ribu tahun
Rodney Horrocks dari Carlsbad Cavern berkata: “Kolam ini telah terasing selama ratusan ribu tahun dan tidak pernah terdedah kepada cahaya sebelum ini.”

Selain itu, Wisshak berkata: “Kolam yang tidak pernah disentuh itu adalah penting dari segi saintifik kerana sampel air secara relatifnya bebas daripada bahan asing dan organisma mikrob yang mungkin hidup dalam kolam tersebut.

“Pencemaran boleh berlaku dari atas permukaan gua, tetapi bagi Gua Lechuguilla perkara itu bukan satu isu yang besar. Kerana gua itu terletak di kawasan hutan belantara yang dilindungi dengan baik.
“Walau bagaimanapun, kolam yang baru ditemui di Gua Lechuguilla adalah satu penemuan yang suci.”

Walaupun telah diteroka selama beberapa dekad, penemuan terbaru di Carlsbad Cavern tetap terjadi dan direkodkan.

Pada 2012, peneroka berjaya menemui rangkaian terowong baharu yang menuju ke ruangan gergasi. Di mana panjangnya hampir 600 kaki dan setinggi 150 kaki.

Baca Lagi:
Wanita terkejut rantai yang dipakai di leher selama 22 tahun dapat untung besar selepas jual
Isteri pertama paksa aku berpoligami, tak sempat jamah isteri kedua malam pertama, tiba-tiba muntah darah serta paku
Bahaya teknologi AI, remaja perempuan terkejut gambar lucah disebar di media sosial