Susah nak tengok Inteam lengkap macam ni, suara Suhaimi Saad tetap maintain

Susah nak tengok Inteam lengkap macam ni, suara Suhaimi Saad tetap maintain

Susah nak tengok Inteam lengkap macam ni, suara Suhaimi Saad tetap maintain. Umum mengetahui, Inteam merupakan antara kumpulan nasyid yang mempunyai pengaruh besar didalam industri seni tanah air.

Malah, lagu-lagu mereka juga masih malar segar sehingga hari ini.

Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Inteam nyata telah menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat membuat satu persembahan khas bersama bekas anggota kumpulan tersebut, Suhaimi Saad di majlis perkahwinan pengurus mereka.

Inteam serta Suhaimi terlah bergabung untuk menyanyikan lagu hits kumpulan tersebut, Impian Kasih.

Susah nak tengok Inteam lengkap macam ni, suara Suhaimi Saad tetap maintain

“Impian Kasih live di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ini berlima,” tulis pengendali akaun tersebut.

Gabungan tersebut nyata membuatkan peminat mengenang kembali nostalgia sewaktu zaman kegemilangan Inteam yang popular sejak tahun 2000.

Dalam pada itu, mereka turut memuji kemerduan vokal Suhaimi yang dikatakan tidak berubah sehingga hari ini.

Video:

@inteam_officialImpian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima😍😍😍. Cuba teka kami berduet dgn siapa😍😍

♬ original sound – Inteam_Official

Meninjau di ruagan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja sehingga ada yang mencadangkan supaya Suhaimi kembali menganggotai kumpulan Inteam.

Sekadar informasi, Suhaimi merupakan anggota asal Inteam namun, memutuskan untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 2005 bagi menuruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Suhaimi kerap menjadi perhatian warga net gara-gara sering memberikan kenyataan kontroversi seperti menyatakan bumi berbentuk landai dan bukannya bulat.

Malah, dia juga turut memberhentikan persekolahan anak-anaknya dan mengajar mereka sendiri di rumah kerana tidak percaya dengan sistem pembelajaran di negara ini.

Komen netizen:

Susah nak tengok Inteam lengkap macam ni, suara Suhaimi Saad tetap maintain

Susah nak tengok Inteam lengkap macam ni, suara Suhaimi Saad tetap maintain

Capture2 14 e1673171111682

Baca Lagi:
Bung Moktar letak jawatan serta-merta
7 cara hendak kenal gaya orang berbohong
“Pelajar MRSM cantik & bijak”, anak perempuan Faizal Hussein, Suhaila Sulaiman jadi perhatian ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *