Suami isteri terkejut nampak imej ‘budak’ dalam jengkaut

Suami isteri terkejut nampak imej ‘budak’ dalam jengkaut

Suami isteri terkejut nampak imej ‘budak’ dalam jengkaut. Sepasang suami isteri di Australia terkejut apabila melihat imej didakwa hantu kanak-kanak dalam sekeping gambar yang dimuat naik di laman Facebook, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut wanita dikenali sebagai Felicia itu, imej aneh tersebut memaparkan seorang pekerja sedang mengendalikan sebuah jengkaut di negeri Victoria.

Ia dikongsi oleh ketua suaminya di laman Facebook syarikat mereka bekerja.

Suami isteri terkejut nampak imej 'budak' dalam jengkaut

Namun, apabila diperhatikan secara teliti, Felicia mengesan imej seperti kanak-kanak sedang duduk di dalam jengkaut itu, membuatkan wanita berkenaan mempersoalkan sama ia imej hantu.

“Gambar itu dirakam oleh ketua suami saya untuk diletakkan di laman Facebook syarikat mereka.
“Apabila saya melihatnya, saya menyoal ‘gambar apakah itu’ sebelum membesarkannya untuk melihat dengan lebih teliti. Ia kelihatan seperti kanak-kanak kecil,” kata Felicia.

Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada suaminya sebelum gambar tersebut dikongsikan semula di Facebook bagi bertanyakan pandangan ramai mengenai imej berkenaan.

Ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa bahawa ia merupakan imej seorang kanak-kanak yang memakai jumpsuit berwarna kelabu gelap.

“Saya dapat melihat dua kanak-kanak kecil,” kata seorang pengguna lain.

Baca Lagi:
PM Anwar umum berita baik untuk semua sempena Aidilfitri
“Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh..” tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih
Anak malas pergi sekolah, suami isteri hadiahkan kereta Mercedes G Wagon untuk befday anak 5 tahun
CATEGORIES