Selepas teruk kena kecam dengan netizen, MOM tukar corak dan logo pakaian kontinjen Malaysia nampak lebih garang!

Photo of author

By Joe

Selepas teruk kena kecam dengan netizen, MOM tukar corak dan logo pakaian kontinjen Malaysia nampak lebih garang! Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini telah memperkenalkan logo baru yang bakal menjadi penyemangat dengan memilih motif belang Harimau yang lebih mencolok pada pakaian rasmi Kontinjen Malaysia untuk Olimpik Paris 2024.

Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, menyatakan keyakinannya bahawa pilihan motif baru tersebut akan memberi semangat yang segar dan membangkitkan semangat juang kontinjen negara di acara sukan dunia yang terbesar itu.

Beliau turut menambah bahawa MOM mengambil kira maklum balas daripada orang ramai dengan kembali menggunakan logo yang menampilkan Jalur Gemilang berserta lima gelung Olimpik, berbanding logo sebelum ini yang berwarna emas.

Selepas teruk kena kecam dengan netizen, MOM tukar corak dan logo pakaian kontinjen Malaysia nampak lebih garang!

“Corak baru yang dipilih menampilkan latar belakang hitam dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih besar dan menonjol di bahagian depan dan belakang jaket.”

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini melihat bahawa corak baru ini melambangkan semangat Harimau, yang telah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada Sukan SEA di Manila pada 2005.

“Dengan corak baru ini, MOM berharap untuk mewakili semua pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau dapat menjadi sumber inspirasi untuk atlet-atlet negara kita mengaum di Paris nanti,” kata Tan Sri Norza Zakaria dalam kenyataan rasmi MOM hari ini.

MOM juga mengumumkan bahawa kemeja T berkolar berwarna emas akan mengekalkan corak dan motif yang sama, namun logo MOM akan menggambarkan warna-warna Jalur Gemilang sebagai tanda penghormatan kepada bendera negara.

Selepas teruk kena kecam dengan netizen, MOM tukar corak dan logo pakaian kontinjen Malaysia nampak lebih garang!

Norza menambah bahawa dengan acara tersebut kurang dari sebulan lagi, MOM telah mencapai persetujuan dengan penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan di kedua-dua jaket dan kemeja T.

“Ini disebabkan oleh proses pencetakan dan penyediaan pakaian rasmi yang memerlukan perjanjian dengan pengeluar sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama tersebut. Oleh itu, Yonex Sunrise Malaysia memberi kebenaran khas kepada MOM untuk mencetak dan mengeluarkan jaket ini dengan pengeluar kain yang berbeza sebagai pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 atas sebab-sebab masa,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan bahawa selepas menerima kritikan hebat, MOM telah mengambil langkah untuk memperbaiki pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang akan dipakai di Sukan Olimpik Paris 2024.

Baca Lagi:
“Kau tahu tak rambut panjang tak masuk neraka?”- Ustaz kena sekolah dengan bapa pelajar selepas rambut anak digunting
Sebar maklumat dalaman IPD Shah Alam, pelawak terkenal dan isteri direman
“Bukan hamba kereta”- Lelaki jual nasi goreng tepi jalan guna kereta Mini Cooper buat angkut barang jualan