“Bukan hamba kereta”- Lelaki jual nasi goreng tepi jalan guna kereta Mini Cooper buat angkut barang jualan. Seorang lelaki di Tulungagung, wilayah Jawa Timur yang menjalankan perniagaan menjual nasi goreng di tepi jalan, dilaporkan memiliki sebuah kereta Mini Cooper, menurut laporan dari laman berita Tribunjatim hari ini.
Pendedahan itu dilakukan oleh pemilik akaun @nic_talking di platform X.
Menurut pemilik akaun tersebut dan suaminya, mereka memutuskan untuk makan di warung nasi goreng tersebut pada waktu malam.
Pasangan suami isteri itu melihat sebuah kereta Mini Cooper yang diparkir tidak jauh dari lokasi warung tersebut.
Kedua-duanya sanggup menunggu lama untuk melihat pemilik sebenar kereta tersebut sehingga ditegur oleh peniaga warung itu yang ingin menutup operasinya.
Pasangan itu akhirnya mengetahui bahawa Mini Cooper tersebut adalah milik peniaga tersebut dan digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan perniagaannya seperti kuali.
Pemilik akaun itu juga mendedahkan bahawa perniagaan nasi goreng itu dijalankan oleh pasangan suami isteri yang sederhana dan bersikap ramah.