Selepas kecoh suami hilang dalam rumah, kini muncul buat “Live FB” cerai isteri depan viewer

4ede9a7f ebe5 48bf 9126 29e1a3e15beb

Selepas kecoh suami hilang dalam rumah, kini muncul buat “Live FB” cerai isteri depan viewer.

Lelaki ini cerai isteri talak 3 di ‘live’ FB, semua dah tergamam tengok..

Sebelum ini, kecoh di media sosial memperkatakan mengenai kisah seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan DJ Wong dipercayai hilang sejak Rabu lalu. Kehilangannya itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat dan juga ahli keluarga.

Misteri kehilangan DJ Wong

dj wong subhead 1

Memetik laporan media tempatan, isteri DJ Wong iaitu DJ Sal mendakwa suaminya telah keluar dari rumah mereka di Taman Ria Mesra dengan keadaan sehelai sepinggang. Untuk makluman semua, pasangan ini merupakan DJ radio yang aktif membuat siaran langsung bersama-sama di Facebook dengan menggunakan nama “DJ Wong and Sal Bollywood”.

DJ Wong atau nama sebenarnya Noor Aziz Johari dikatakan hanya membawa telefon bimbit dan kad pengenalan sahaja. Menurut DJ Sal, sebelum suaminya menghilangkan diri, lelaki itu telah memeluk dan menciumnya sebanyak tiga kali dan memujinya cantik ketika sedang bersiap untuk membuat live di Facebook.

Baca Lagi:

Suami sempat peluk, cium dan puji isteri cantik sebelum tiba-tiba hilang dalam rumah

Hanya berbekalkan RM2.70

djwong1 20220413 768x634 1

Setelah tujuh hari menghilangkan diri, DJ Wong akhirnya muncul menerusi satu sesi live di Facebook malam tadi meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran. Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan sihat dan selamat selain memohon agar pihak berkuasa menghentikan pencarian.

DJ Wong dalam keadaan sebak dan sesekali menitiskan air mata memaklumkan bahawa dia nekad untuk keluar dari rumah tersebut kerana mempunyai masalah dengan isterinya, DJ Sal.

Inilah modal saya. Walaupun modal saya RM2.70, Allah SWT Maha Kaya. Duit ni tak berganjak. Saya dapat berbuka puasa, dapat sembahyang, dapat hisap rokok. Saya tak pandang harta anda, yang saya cari kasih sayang.

Lebih mengejutkan ramai apabila pada akhir sesi live di FB, DJ Wong telah melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memberitahu bahawa dia tidak akan muncul lagi di Facebook selepas ini.

Selepas sesi live DJ Wong, DJ Sal yang turut membuat live di Facebook mengakui terkejut dengan ‘kemunculan’ suaminya. Dia juga menyifatkan cara suaminya itu sebagai dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz talak tiga terhadap dirinya menerusi Facebook. DJ Sal juga menegaskan dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu urusan selanjutnya di mahkamah.

FB Live DJ Wong

Baca Lagi:

Suami sempat peluk, cium dan puji isteri cantik sebelum tiba-tiba hilang dalam rumah

PANAS !!! Khairy Jamaluddin dan Noor Hisham bakal dihadapkan ke mahkamah antarabangsa – Sumber

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *