Separuh muka berlubang kerana kulat makanan, waspada dan periksa makanan anda selalu

972e14c5 523e 4505 a7e7 b5c6964a5f41

Separuh muka berlubang kerana kulat makanan, waspada dan periksa makanan anda selalu.

Baru-baru ini tular dalam media sosial tentang seorang wanita yang termakan sepotong kek berkulat yang dibelinya di sebuah kafe. Menurut rajutan yang dibuat oleh wanita tersebut, beliau menghidap penyakit keradangan usus atau penyakit Crohn, yang mempunyai sistem pencernaan sangat sensitif. Apabila termakan makanan yang berkulat, penghidap penyakit ini berkemungkinan akan terkena keracunan makanan yang agak teruk.

Sebelum ini, barangkali kita kurang celik tentang bahaya memakan makanan berkulat. Ada antara kita yang biasanya apabila terlihat roti yang berkulat, hanya mengopek buang bahagian yang mempunyai kulat dan makan bahagian yang kelihatan elok luarannya. Hakikatnya, memakan makanan yang berkulat akan merisikokan kesihatan kita.

Di Amerika Syarikat, Mark Tatum yang juga digelar sebagai ‘lelaki tidak bermuka’ kerana kehilangan sebahagian mukanya akibat jangkitan kulat, dikatakan dijangkiti penyakit yang jarang didengari iaitu mucormycosis atau jangkitan kuman yang serius.

Separuh muka berlubang kerana kulat makanan, waspada dan periksa makanan anda selalu

Menurut CNN, mucormycosis ialah jangkitan kuman yang disebabkan oleh kulat yang biasa ditemui dalam tanah, makanan yang rosak, roti dan habuk. Pada awalnya kulat akan menjangkiti saluran darah, menyekat aliran darah ke hidung, mulut dan akhirnya ke otak. Mereka yang dijangkiti biasanya tidak dapat diselamatkan.

Isteri Mark, Nancy Tatum berkata, steroid yang diambil suaminya untuk sakit belakang mungkin telah melemahkan sistem imunnya.

Pada 7 Februari 2000, Tatum dibawa ke bahagian kecemasan Owensboro Mercy Health System selepas menunjukkan tanda-tanda kekeliruan kerana paras gula dalam darah yang tinggi.

Selepas doktor berjaya menurunkan bacaan paras gula Tatum, mukanya mula membengkak. Pakar penyakit berjangkit, Dr. Khaled Joujia dipanggil untuk melakukan biopsi ke atas Tatum. Biopsi ini telah mengesahan Tatum menghidap mucormycosis.

Tatum kemudian dibawa ke University of Louisville Hospital untuk proses selanjutnya. Dia dikehendaki membuat keputusan antara hidup atau mati iaitu memilih antara menjalani pembedahan untuk membuang mata, hidung dan bumbung mulutnya, atau menerima penjagaan hospital untuk membuatkan dia selesa sehingga maut menjemputnya.

Melalui pembedahan, kawasan yang dijangkiti boleh dibuang tetapi peluang Tatum untuk hidup masih tipis. Namun, Tatum memilih untuk menjalankan pembedahan daripada tidak melakukan apa-apa untuk terus hidup.

Doktor terpaksa membuang mata, hidung, tulang pipi, gigi dan rahang atasnya untuk mengelakkan daripada kuman merebak ke otak dan membunuhnya.

“Pada mulanya, kami tidak menyangka dia akan bertahan. Prognosis (ramalan) dia akan dapat hidup sihat amat tipis,” kata pakar bedah plastik di University of Louisville School of Medicine, Dr. Wayne K. Stadelmann.

Doktor mengambil kulit dan tisu daripada kakinya untuk membina semula lelangit Tatum supaya dia boleh bercakap dan makan. Kemudian mereka mengambil sebahagian tulang kakinya untuk diletakkan ke mukanya. 11 operasi pembedahan kemudian, Tatum akhirnya mempunyai wajah yang baharu.

Tatum terpaksa memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan mata palsunya kerana ia tidak berkelip. Dia berharap dengan wajah prostetik itu dia akan lebih berani dan mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Seperti orang lain, Tatum juga mahu hidup sihat dan menjalani kehidupan sebelum dia diserang bakteria yang memakan wajahnya. Akan tetapi, sejak ditimpa malapetaka itu, kehidupan Tatum tidak semudah yang disangka.

Tatum telah mengalami beberapa strok yang menyebabkan bahagian kanan badannya lumpuh sebahagian dan dia perlu mengambil 15 jenis ubat dalam sehari. Namun, lima tahun kemudian iaitu pada 2005, Tatum akhirnya meninggal dunia.

Mengambil pengajaran daripada kisah Mark Tatum ini, waspadalah kita dengan makanan yang sudah berkulat. Jika makanan itu didapati berkulat, lebih baik ia dibuang sahaja kerana kita tidak mahu terdedah kepada komplikasi kesihatan yang berpotensi untuk meragut nyawa. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

Baca Lagi:

PANAS !!! Khairy Jamaluddin dan Noor Hisham bakal dihadapkan ke mahkamah antarabangsa – Sumber

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Gaji kecil tiada slip gaji kini boleh beli rumah, ini cara mohon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *