Sebelum jual kereta, sila menyahaktifkan Tag RFID anda secara ‘online’

Sebelum jual kereta, sila menyahaktifkan Tag RFID anda secara 'online'

Sebelum jual kereta, sila menyahaktifkan Tag RFID anda secara ‘online’. Sebelum ini, penyahaktifan tag RFID hanya boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu emel dan juga panggilan telefon. Akan tetapi, sekarang ini anda sudah boleh menamatkan perkhidmatan tag RFID anda secara atas talian melalui portal RFID.

Disebabkan tag RFID ini hanya terhad pada satu kereta dan akan rosak apabila ditanggalkan, maka pengguna harus menyahaktifkannya dalam beberapa situasi.

Contohnya, apabila kenderaan dipindah milik, kehilangan kenderaan dan lain-lain. Ini bagi memastikan sebarang transaksi melalui RFID tidak akan berlaku.

Sebelum jual kereta, sila menyahaktifkan Tag RFID anda secara 'online'

Langkah-langkah untuk menyahaktifkan tag RFID:
  • Pertama, anda perlu log masuk ke dalam akaun anda. Cari bahagian “My Vehicles” dan klik padanya.
  • Anda akan dibawa kepada laman muka baharu seperti gambar di bawah. Klik pada butang “ACTIONS” untuk membuka pilihan yang ada.

Sebelum jual kereta, sila menyahaktifkan Tag RFID anda secara 'online'

  • Seterusnya, pilih dan klik pada pilihan “terminate tag”.
  • Anda perlu klik pada butang “Reasons” untuk memilih sebab kenapa anda ingin menamatkan tag RFID anda.
  • Selepas itu, pilih “Yes” kepada soalan pengesahan yang ada ditanya.
  • Akhir sekali, tag RFID anda telah berjaya ditamatkan.

Sebelum jual kereta, sila menyahaktifkan Tag RFID anda secara 'online'

Sebelum ini, pengguna agak terbeban akan cara penyahaktifan tag RFID yang melecehkan kerana perlu dibuat secara manual. Melalui alternatif baharu ini, pengguna dapat menamatkan perkhidmatan tag RFID dengan mudah di hujung jari sahaja.

Baca Lagi:
Guna payWave atau pin kad debit ketika bayar di kaunter, mana lebih selamat?
Banjir: Warga emas kreatif bina rumah terapung RM47,000
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *