Saintis cipta pelitup muka baru bunuh virus Covid-19 secara automatik

Saintis cipta pelitup muka baru bunuh virus Covid-19 secara automatik

Saintis cipta pelitup muka baru bunuh virus Covid-19 secara automatik.

Sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat membangunkan sejenis pelitup muka N95 baharu yang bukan sahaja berfungsi mengurangkan penyebaran Covid-19, malah membunuh virus itu apabila mengenai peralatan tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Pelitup muka hasil ciptaan penyelidik dari Institut Politeknik Rensselaer itu juga berpotensi untuk dipakai lebih lama.

“Kami berpendapat ciptaan itu adalah langkah pertama ke arah peralatan perlindungan diri yang tahan lebih lama.

Saintis cipta pelitup muka baru bunuh virus Covid-19 secara automatik

“Ia boleh membantu mengurangkan penghantaran patogen bawaan udara secara umum,” kata Edmund Palermo dari Institut Politeknik Rensselaer seperti dilaporkan agensi berita Press Trust of India.

Menerusi penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Applied ACS Materials and Interfaces, pasukan itu berjaya mencantumkan polimer antimikrobial spektrum luas pada penapis polipropilena yang digunakan dalam pelitup muka N95.

Baca lagi: 

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan – KJ

Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online

Aplikasi pintar ‘ResApp’ boleh kesan jangkitan Covid-19

CATEGORIES