Rupanya Mr.Bean ada anak perempuan, ini wajah anak perempuannya yang tak pernah ditunjuk umum. Siapa yang tidak kenal dengan Mr. Bean. Lagenda yang sering mengundang gelak tawa dengan tingkah laku serta wajah aneh yang lucu.
Mr. Bean sering kelihatan lucu dan bebal dalam filem tetapi ianya berbeza sama sekali dengan kehidupan sebenar. Mr. Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson ini ternyata memiliki anak gadis yang sangat cantik dan juga berbakat.
Hasill daripada perkahwinan dengan bekas isterinya Sunetra Sastri, Atkinson dikurniakan dengan satu anak gadis serta satu anak bujang. Namun begitu, yang menjadi perhatian sekarang ini adalah anak gadisnya yang bernama Lily Atkinson kerana wajahnya menawan.
Lily yang kini berusia 20 tahun dan ia juga berbakat dalam dunia hiburan. Pernah membintangi filem bersama ayahnya di dalam filem Bean’s Holidau dan Johnny English Reborn.
Namun begitu, Lily tidak berniat untuk menjadi artis sebaliknya ingin menjadi penulis lagu. Gadis ini sudah mula menyanyi, menulis dan menari seawal usia 5 tahun lagi dan menunjukkan bakat dengan tampil di beberapa acara ketika berusia 14 tahun.
Koleksi Kereta Mewah Milik Mr Bean
Bila sebut sahaja Mr Bean, pasti semua orang kenal akan pelakon komedi ini yang mana ke mana sahaja dia pergi, pasti dia memandu kereta mini bewarna kuning. Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson sememangnya di kenali ramai orang di serata dunia.
Namun di luar lakonan, Rowan Atkinson ini merupakan seorang pensyarah yang hebat di sebuah universiti terkemuka. Mempunyai banyak pendapatan hasil dari filem, TV siri Mr Bean serta mendapat royalti atas jenama Mr Bean,Rowan Atkinson mampu untuk memiliki pelbagai jenis kereta mewah yang membuatkan peminatnya kagum.
Antara kereta mewah yang di miliki oleh Rowan Atkinson ialah McLaren yang bernilai jutaan ringgit dengan design yang mewah.
Selain itu, beliau juga turut memiliki kereta mewah lain sebagai koleksi.
Komen netizen “
“Aku memang minat cerita Mr Bean dari kecik…sepatah haram tak dengar dia cakap apa tapi kelakar…”
“Banyaknya kereta dia..tak sangka pulak dia ada kereta mewah banyak tu..”
“Perghh cantiknya kereta dia…… tapi kete kuning tu tetap sesuai dengan dia hah..”
“Dia memang banyak duit…dari pensyarah lagi, ada bisnes, income berlakon lagi…”