Bantuan Duit Raya RM700 penjawat awam akan dibayar 17 April

Bantuan Duit Raya RM700 penjawat awam akan dibayar 17 April

Bantuan Duit Raya RM700 penjawat awam akan dibayar 17 April. Penjawat awam dan pesara akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed, berkata RM700 dibayar kepada penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April, manakala RM350 kepada pesara.

“BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” katanya dalam kenyataan.

Bantuan Duit Raya RM700 penjawat awam akan dibayar 17 April

Beliau berkata, BKKA 2023 turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 April dan dilantik sebelum 17 April 2023, termasuk guru interim.

Katanya, pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta “Contract of Service” dan masih berkhidmat pada 17 April layak dibayar RM700.

Pada 24 Feb lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan mengumumkan bantuan khas itu ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Baca Lagi:
Emoji monyet tutup mata dalam WhatsApp rupanya bukan reaksi malu, tapi ini maksud sebenarnya ramai tak tahu
“Sebab Ira Kazar seorang, habis pecah belah semua”- Syamsul Yusof petik nama Aaron Aziz, Caprice dan Farid Kamil dalam video soal jawab media
“Pagar besi macam plastik dibuatnya”, aksi buaya besar lolos dari pagar besi tular
CATEGORIES