Rupanya banyak duit rakyat Malaysia tak dituntut, ini cara dapatkan semula duit tak dituntut

Rupanya banyak duit rakyat Malaysia tak dituntut, ini cara dapatkan semula duit tak dituntut

Rupanya banyak duit rakyat Malaysia tak dituntut, ini cara dapatkan semula duit tak dituntut. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Namun begitu, terdapat satu istilah yang jarang didengar tapi sangat penting untuk kita semua, iaitu Wang Tak Dituntut (WTD).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan WTD ini: –

Rupanya banyak duit rakyat Malaysia tak dituntut, ini cara dapatkan semula duit tak dituntut

Apa itu Wang Tak Dituntut?

Pada asasnya, takrifan WTD adalah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

Antara sumber WTD ini termasuklah:
  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.

Cara Menuntut WTD

Semakan dan tuntutan WTD boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal e-GUMIS Jabatan Akauntan Negara oleh individu dan syarikat/firma.

Semakan boleh dibuat dengan mengikuti tatacara berikut:
  • Langkah 1 : Layari portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian;
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar;
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna;
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada);
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.
Manakala, bagi tujuan tuntutan WTD pula – ia boleh dibuat seperti di bawah:
    • Langkah 1 : Layari Portal e-GUMIS;
    • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu);
    • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”;
    • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.;
    • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”;
    • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan;
    • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Dimaklumkan bahawa tiada had minima amaun yang boleh dituntut dan tuntutannya tidak melibatkan sebarang caj.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila lihat di Portal Rasmi e-GUMIS DI SINI.

Baca Lagi:
‘Jiran terpaling kaya’, bina garaj atas laluan awam, netizen mahu pergi gesel semua kereta
Syarat mohon Bantuan RM10,000 untuk beli motosikal berumur 18 tahun hingga 60 tahun
Jemaah menteri Kerajaan Perpaduan mula berhimpun di Seri Perdana
CATEGORIES