‘Jiran terpaling kaya’, bina garaj atas laluan awam, netizen mahu pergi gesel semua kereta

‘Jiran terpaling kaya’, bina garaj atas laluan awam, netizen mahu pergi gesel semua kereta

‘Jiran terpaling kaya’, bina garaj atas laluan awam, netizen mahu pergi gesel semua kereta. Dalam setiap kawasan perumahan, pasti wujud segelintir jiran yang bersikap mementingkan diri dan ‘mengikut kepala sendiri’.

Ada yang masih boleh menerima teguran dan bertoleransi, namun ada juga yang keras kepala sehingga membuatkan tetangga lain hilang sabar, sebagaimana kisah yang dikongsi oleh individu ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap beberapa jirannya yang membina garaj parkir sesuka hati sehingga ‘mengganggu’ jalan di lorong perumahan yang dihuninya.

'Jiran terpaling kaya', bina garaj atas laluan awam, netizen mahu pergi gesel semua kereta

“Dekat mana saya nak report kalau jiran macam ni punya hal. Renovation rumah, lepas tu parking pula sampai tak ingat orang. Kita pula nak lalu kena hati-hati.

“Sepatutnya jenis macam ni tak boleh duduk taman. Kena beli tanah sendiri, buat lot kawasan sendiri,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

1935636 e1676181151129

Individu berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan situasi di lorong perumahannya yang kelihatan sempit gara-gara tindakan jirannya yang menambah binaan dan membuat garaj kereta di bahagian luar hadapan rumah masing-masing.

Kelihatan beberapa buah kereta turut diparkir di sebelah kiri dan kanan jalan, sehingga menyempitkan laluan.

Buntu dengan isu berkenaan, dia memuat naik di laman Facebook untuk bertanya pendapat warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi yang pelbagai dengan ada yang mencadangkan individu tersebut membuat laporan kepada pihak yang berwajib.

“Dekat kawasan rumah aku ni, lorong situ semua pakat buat porch kereta sampai makan jalan. La ni (sekarang ini) pun ada yang tengah nak buat lagi dengan buat bonggol sendiri depan rumah setinggi alam.

“Ini kalau report silap-silap parking depan tu kena roboh sekali ni, kasi report je.

“Gesel je…. bagi faham bahasa sikit.

“Jenis yang pakai banyak kereta tapi parking luar pagar. Susahkan orang nak lalu lalang.

1935635 e1676181196880

“Kita berdoa sajalah ramai-ramai, supaya lori simen, jengkaut, lori sampah lalu, insyaAllah bergerak ke tepi sikit kereta tu,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini posting berkenaan meraih lebih 160 shares di ruangan komen.

Untuk makluman, perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana bukan sahaja menganggu ketenteraman awam malah boleh menjejaskan keharmonian dalam kehidupan berjiran.

Baca Lagi:
Berita baik buat golongan B40
Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan
CATEGORIES