Remaja 14 tahun mengamuk tikam guru wanita 3 kali lepas didenda dalam kelas

Photo of author

By Joe

Remaja 14 tahun mengamuk tikam guru wanita 3 kali lepas didenda dalam kelas. SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun di Mexico ditahan selepas bertindak menikam gurunya menggunakan senjata tajam di dalam sebuah kelas baru-baru ini.

Kejadian itu melibatkan pelajar di General Secondary School 1, Ruben Humberto Moreira Flores, yang terletak di Ramos Arizpe, Coahuila de Zaragoza, Mexico.

Insiden itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelas tersebut.

Remaja 14 tahun mengamuk tikam guru wanita 3 kali lepas didenda dalam kelas

Pada awalnya, pelajar terbabit didakwa terpaksa berdiri di hadapan kelas gara-gara dihukum manakala guru berkenaan, Patricia Eugenia Burciaga Davila, 59, berada di mejanya.

Ketika Davila bangkit dan berjalan ke arah pintu, pelajar itu mengambil kesempatan untuk menyerangnya dari belakang dengan menikamnya sebanyak tiga kali menggunakan pisau dan memukul mangsa di kepala.

Serangan itu mengakibatkan guru berkenaan rebah di atas lantai, manakala pelajar terbabit dilihat cuba melarikan diri dari tempat kejadian.
Tidak hanya itu, dia sempat mencederakan tangannya sendiri selepas membuat serangan mengejutkan itu.

Setelah mengetahui tentang kejadian itu, kakitangan sekolah segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Tidak lama kemudian, pihak perbandaran tiba di lokasi kejadian dan pelajar berkenaan akhirnya berjaya ditahan serta diletakkan di bawah kesalahan salah laku juvana.

Sementara itu, guru tersebut kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Baca Lagi:
Selama 3 bulan tak boleh tidur kerana diganggu bayangan kekasih yang dibunuh, akhirnya lelaki ini serah diri
“Jangan takut, saya tak akan ganggu kalau awak tak kacau saya cari makan, bila dah dapat kerja jangan menetap di sini”
Pekerja pembersihan yang jujur, temui wang dalam plastik sampah sebanyak RM329,068, sekali ini yang dia buat