Raya Aidilfitri: Cuti sekolah bermula 19 April

Raya Aidilfitri: Cuti sekolah bermula 19 April

Raya Aidilfitri: Cuti sekolah bermula 19 April. 19 April, iaitu Rabu minggu hadapan diisytiharkan sebagai cuti sekolah bersempena musim perayaan sambutan Aidil Fitri, maklum Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq.

Tambah Fadhlina, manakala 18 April (Selasa) sebelumnya pula adalah hari pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

KPM mengisytiharkan 19 April sebagai cuti sekolah sempena musim perayaan. Selain itu, Keputusan STAM akan diumumkan pada 18 April ini, jelas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Raya Aidilfitri: Cuti sekolah bermula 19 April

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan pada 19 April depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu diberikan bagi memberikan ruang kepada guru-guru dan murid-murid sempena persiapan Hari Aidilfitri.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM.

“Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis ikrar bebas rasuah dan forum integriti di kementeriannya, pagi tadi.

Sesi cuti persekolahan untuk Aidilfitri ditetapkan pada 20 April hingga 1 Mei depan.

“Kita ambil semua pandangan dan untuk kesejahteraan guru-guru KPM bagi mengurus perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Dalam pada itu, Fadhlina akan mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sehari sebelum cuti khas berkenaan.

Ujarnya, pengumuman ini bakal dibuat mengikut aturan biasa dan keputusan STAM boleh diambil selepas pengumuman berkenaan.

“Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit,” katanya.

Keputusan itu akan membabitkan seramai 4,634 calon yang menduduki peperiksaan terbabit di 134 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Baca Lagi:
Orang ramai dipanggil ke bank, hanya 5 minit tunggu dah dapat duit, rupanya ini sebenarnya yang berlaku
“Lain diharap, lain pula yang dapat”, MP PAS rasmi mesin ATM dikecam warganet
“Dia sakit tu”, tular penumpang baring atas peha ketika memandu
CATEGORIES