Ramai yang tak tahu, rupanya Ustaz Wadi Annuar pernah kahwin tahun 2009

Photo of author

By Joe

Ramai yang tak tahu, rupanya Ustaz Wadi Annuar pernah kahwin tahun 2009. Siapa yang tidak kenal Ustaz Wadi Annuar, penceramah bebas yang digemari ramai dan videonya di TikTok menjadi tontonannya anak muda zaman kini.

Selain meminati ceramah daripada ustaz ini, ada juga di kalangan netizen yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan peribadi Ustaz Wadi yang dikatakan masih bujang.

Ustaz Wadi dedah pernah berkahwin

Ramai yang tak tahu, rupanya Ustaz Wadi Annuar pernah kahwin tahun 2009

Menerusi sesi podcast ‘Apa Cerita?’ yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid, Ustaz Wadi mendedahkan bahawa beliau pernah bernikah suatu ketika dahulu. Oh, baru tahu…

“Sebenarnya saya sudah berkahwin… Dulu, pada tahun 2008 saya pulang, lebih kurang 2009 saya berkahwin.
“Namun, beberapa tahun kemudian, bahtera perkahwinan itu tidak bertahan lama. Sejak itu, saya terus menjalani kehidupan seorang diri,” katanya.

Ustaz Wadi juga menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai anak hasil daripada perkahwinan terdahulu, dan kanak-kanak yang sering dilihat bersamanya adalah anak kepada jirannya.

Asyraf juga sempat berseloroh dengan Ustaz Wadi, menyatakan bahawa penceramah itu sangat dikenali dan disukai ramai, serta menjadi dambaan para wanita di luar sana.

Ustaz Wadi mendedahkan bahawa baru-baru ini, dia telah dipinang oleh seorang wanita, namun dia menolak pinangan tersebut kerana belum terbuka hati.

“Pasti saya nak berkahwin kerana saya juga ada perasaan. Semasa di sekolah menengah, saya pernah jatuh hati pada seseorang. Di universiti pun saya pernah meluahkan niat untuk menjadikannya isteri. Tapi waktu itu belum sampai masanya,” katanya.

Perkongsian video tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan agar Ustaz Wadi bertemu jodoh dengan wanita yang sekufu dengannya dan dikurniakan anak pada suatu masa nanti.

@sueyusofpareeth777 Doakan ustaz bertemu jodoh lgi slepas ini dgn wanita yg solehah, dikurniakan chaya mata, bhgia hgga ke jannah amin #ustazwadiannuar ♬ bunyi asal – sueyusofpareeth777☑️

Ramai yang tak tahu, rupanya Ustaz Wadi Annuar pernah kahwin tahun 2009

Ramai rupanya yang minat dengan Ustaz Wadi ni sampai hantar rombongan meminang.

Baca Lagi:
Guru cari bekas murid yang bagi hadiah karipap dan sekeping nota pada tahun 2017 dahulu
Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo
Senarai 5 rumah pemimpin di Malaysia yang mewah dan indah dipandang