Ramai peniaga ikan termenung panjang, ikan tak laku punca ramai pelanggan sudah tiada duit

Ramai peniaga ikan termenung panjang, ikan tak laku punca ramai pelanggan sudah tiada duit

Ramai peniaga ikan termenung panjang, ikan tak laku punca ramai pelanggan sudah tiada duit. Peniaga ikan di Pasar Awam di Bachang di sini resah apabila bekalan hasil laut yang diambil tidak terjual diparcayai akibat kuasa membeli pelanggan semakin rendah.

Menurut seorang peniaga, Jalal Hassan, 50, hasil jualannya merosot sebanyak 50 peratus dengan ikan-ikan bersaiz besar seperti parang, tengggiri dan siakap sukar dijual terutama pada hari biasa.

“Orang (pelanggan) sekarang memang tak ada duit, mereka tak lagi mampu membeli ikan-ikan besar. Malah, ikan kembung segar yang dijual pada harga RM18 sekilogram juga dikatakan mahal.
“Memang susah nak laku (ikan) lagi-lagi hari biasa (Isnin sehingga Jumaat), kami cuma harap kehadiran pe­langgan pada hari minggu sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ramai peniaga ikan termenung panjang, ikan tak laku punca ramai pelanggan sudah tiada duit

Ujarnya, ikan parang yang dijual pada harga RM24 sehingga RM25 sekilogram, manakala ikan kecil seperti selar RM8 sekilogram.

Rakannya, Sulaiman Manan, 58, pula berkata, situasi itu turut dipercayai berlaku di­sebabkan harga ikan sejuk beku lebih murah ditawarkan di pasar raya.

“Dahulu, tak banyak pasar raya, sekarang semua jenis ikan mereka jual pada harga murah kerana ia produk sejuk beku.

“Ikan dijual di sini adalah segar, tetapi pelanggan tak ada duit nak beli. Harga ikan bukan naik mendadak mahal, cuma memang ekonomi sekarang tidak berapa baik,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Ismail Hassan, 61, berkata, dia tidak lagi mengambil bekalan baharu daripada pembekal susulan jualan ikannya masih berbaki.

“Hari ni saya jual ikan semalam sahaja, tak berani nak ambil bekalan takut tak laku,” katanya

Baca Lagi:
Tular [Video] penunggang motosikal ragut penumpang kereta Myvi masa jalan sesak
Bas bawa 60 penuntut Universiti terbalik di Tajung Malim
Gaji aku sebulan RM1200, bila hari terakhir aku kerja bos bagi aku RM127 je, sakali ini yang jadi
CATEGORIES