Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika. Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yang ketara antara orang yang berilmu dan yang jahil..

روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :

”Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.

Baginda kemudiannya bersabda :

”Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”. Mereka (para sahabat) bertanya :

”Kenapa begitu ya Rasulullah? “.

Baginda bersabda :

“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga. [HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah]

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia diku burkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan diku burkan ditempat kem4tian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk 0taknya akan disedut supaya memastikan m4yat itu betul2 kering (on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis-menangis mahu dikebumikan bersama j4sad, tetapi telah disedut dan jasad pula diki miakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara-gara dan kehendak waris-waris yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris-waris yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Am3rika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau ku bur itu tidak tergantung di mana ku bur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup men3ntang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman-taman Syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup m4ti dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar

ALMARHUM DATO DR HARON DIN

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika
#ALFATIHAH

Siapa Dr. Haron Din yang kita kenali?

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meninggal dunia di San Francisco pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar dan pelbagai pihak telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dikenali sebagai figura politik penting negara, Allahy4rham juga sentiasa dikenang sebagai pendidik, pendakwah, dan pengasas Darussyifa, pusat perubatan Islam terkenal negara.

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika

Berikut merupakan 9 fakta mengenai Allahyarham:

1. Dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Kangar, Allahyarham merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik.

2. Allahyarham mendirikan rumah bersama Datin Khadijah binti Haji Salleh dan dikurniakan lima orang cahaya mata: Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana.

3. Ketika belajar agama di Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Allahy4rham mengayuh basikal sejauh 20 kilometer setiap hari ke sekolah.

4. Allahyarham dipanggil temuduga untuk menyambung pelajaran ke Kolej Islam Malaya selepas beliau mengirim surat permohonan bertulisan tangan sepenuhnya dalam bahasa Arab. Selepas ditemuduga, Allahyarham diterima sebagai pelajar pada hari yang sama.

5. Allahyarham memiliki kelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Doktor Falsafah Syariah dari Universiti Darul Ulum.

6. Selain aktif dalam bidang akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Allahyarham juga giat menulis dan telah menerbitkan lebih 50 buah buku dalam bidang agama, politik, dan perubatan Islam.

7. Penglibatan Allhyarham dalam Parti Islam se-Malaysia (PAS) mula aktif pada tahun 1975 apabila beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat dan Timbalan Mursyidul Am. Beliau menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am pada 9 Mac 2015.

8. Allahyarham bertanding di kerusi Parlimen Arau dalam tiga pilihan raya umum (2004, 2008, 2013) dan dalam kesemua percubaan tewas kepada calon UMNO.

9. Allahyarham juga turut aktif menjadi ahli majlis penasihat syariah dalam sektor kewangan dan perbankan. Bank Negara, RHB, Public Bank, CIMB, dan Suruhanjaya Sekuriti merupakan antara institusi yang mendapatkan kepakaran beliau.

Inilah Suasana Tanah Perkuburan Arwah Dr Haron Din.

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika

Rahsia kenapa Ustaz Haron Din berwasiat untuk dikembumikan di Amerika

Baca Juga : Cara hilangkan bau busuk dalam kereta, guna serbuk Nescafe saja, confirm jadi

Jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia banjir

Ini cara mudah hilangkan kesan kuning pada Blender ramai orang tak tahu…

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

Leave a Reply

Your email address will not be published.