Pesawat tergelincir semasa mendarat, juruterbang pelatih wanita cedera

20220330 222340

Pesawat tergelincir, semasa mendarat, juruterbang pelatih wanita cedera.

Seorang juruterbang pelatih wanita cedera selepas pesawat yang dikendalikannya tergelincir semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, malam ini.

Mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian pinggang dan lutut kedua-dua belah kaki.

Juruterbang terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Pesawat tergelincir, semasa mendarat, juruterbang pelatih wanita cedera

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dalam satu kenyataan di sini berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.15 malam.

“Pegawai operasi JBPM Kedah mengarahkan dua jentera, satu EMRS dan satu water tanker dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah pesawat latihan jenis Diamond-14 tergelincir daripada landasan ketika pesawat sedang mendarat,” katanya.

Kata beliau, seorang mangsa yang merupakan juruterbang pesawat berkenaan didapati mengalami kecederaan dan dikeluarkan daripada pesawat tersebut oleh pasukan bomba LTAL sebelum dibawa ke HSM.

Sementara itu, sekurang-kurangnya dua penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ditangguhkan susulan kejadian berkenaan kerana landasan LTAL ditutup susulan insiden tersebut.

Penumpang penerbangan tersebut antaranya terdiri daripada pengamal media yang baru selesai menghadiri Program Pemukiman Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Media SeMalaysia.

Salah seorang penumpang, Setiausaha Kelab Media Putrajaya, Samantha Tan, 41, berkata, kru penerbangan mengedarkan makanan kepada penumpang yang terlibat.

“Keadaan di dalam pesawat terkawal walaupun ada kanak-kanak yang menangis,” katanya.

Baca lagi:  Wanita ini terkejut bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini jiran sebelah buat selama 5 tahun

Individu yang kehilangan status vaksinasi dibenarkan makan di restoran

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

Leave a Reply

Your email address will not be published.