Pesawat mendarat cemas, wanita cuba buka pintu pesawat setinggi lebih 11,000 meter selepas dengar arahan ‘suara ghaib’

Pesawat mendarat cemas, wanita cuba buka pintu pesawat setinggi lebih 11,000 meter selepas dengar arahan ‘suara ghaib’

Pesawat mendarat cemas, wanita cuba buka pintu pesawat setinggi lebih 11,000 meter selepas dengar arahan ‘suara ghaib’. Bagaikan satu mimpi ngeri buat para penumpang pesawat Southwest Airlines apabila satu pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan.

Semua itu berlaku gara-gara tindakan seorang wanita yang cuba membuka pintu keluar pada bahagian belakang kapal terbang tersebut pada ketinggian 11,277 meter.

Lapor Mirror UK yang dikongsikan baru-baru ini, Elom Agbegninou dikatakan mendengar suara ghaib yang menyuruhnya untuk berbuat demikian.

Pesawat mendarat cemas, wanita cuba buka pintu pesawat setinggi lebih 11,000 meter selepas dengar arahan 'suara ghaib'

Sebelum kejadian, wanita berusia 34 tahun tersebut dikatakan tidak senang duduk dan mengadu mengalami masalah sukar untuk bernafas.

Suspek yang dikatakan kurang siuman itu kemudian dilihat berjalan seorang diri menuju ke arah belakang pesawat dan mula merenung pintu keluar dengan penuh taasub.

Pelik dengan tingkah laku wanita yang begitu mencurigakan, pramugari yang bertugas memintanya untuk pulang ke tempat duduk semula.

Pesawat mendarat cemas, wanita cuba buka pintu pesawat setinggi lebih 11,000 meter selepas dengar arahan 'suara ghaib'

Tanpa mengendahkan arahan kru kabin, suspek kemudiannya bertanya sama ada dia boleh melihat ke luar tingkap pesawat.

Malangnya sebaik sahaja permintaan itu ditolak, Agbegninou secara agresif menolak petugas dan terus memegang pemegang pintu keluar.

Lagi membuatkan suasana bertambah panik, wanita berkenaan cuba membuka pintu kecemasan beberapa kali sebelum dihentikan pramugari terlibat.

Kekecohan tersebut menarik perhatian penumpang lain dan mereka cuba untuk menghalangnya sebelum berlaku pergelutan.

Suspek dilaporkan menggigit paha seorang penumpang dengan ganas menyebabkan mangsa terpaksa bergelut untuk melepaskan diri.

Tidak cukup dengan itu, wanita berambut pendek tersebut juga menghantukkan kepalanya beberapa kali di lantai dan cuba melepaskan diri daripada tahanan.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa yang sudah menunggu di Lapangan Terbang Nasional Bill dan Hillary Clinton di Little Rock, Arkansas.

‘MISI MISTERI’

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek yang menaiki pesawat dengan keadaan sehelai sepinggang itu dikatakan mempunyai ‘misi misteri’.

Mana tidaknya, Agbegninou dikatakan mendengar ‘arahan ghaib’ yang menyuruhnya menaiki pesawat yang membuat perjalanan dari Houston ke Columbus.

Lebih menghairankan, suspek dikatakan dalam perjalanan mahu ke Maryland dan meninggalkan rumah tanpa memberitahu ahli keluarga termasuk suaminya.

Menurut portal itu lagi, wanita terbabit berdepan pertuduhan menyerang dan menghalang tugas kru kabin sehingga mengakibatkan kecederaan.

Agak menggerunkan apabila perjalanan yang disangka aman berubah menjadi huru-hara disebabkan seseorang yang kita tidak kenali langsung.

Nasib baiklah para petugas peka dengan situasi semasa dan bertindak tangkas menyelamatkan keadaan.

Sebenarnya banyak kejadian cubaan individu untuk membuka pintu keluar atau kecemasan pernah dilaporkan media sebelum ini.

Baca Lagi:
Kisah sebenar kereta Perodua Aruz yang diconteng perkataan ‘janda’ tular akhirnya terjawab
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Gaji Hakim di Malaysia RM45,150.00 sebulan tak termasuk 20 senarai kemudahan, boleh rambang mata tengok angka dan ayat free ni
CATEGORIES