Permohonan Bantuan Duit Raya RM300 secara one-off kini dibuka

Photo of author

By Joe

Permohonan Bantuan Duit Raya RM300 secara one-off kini dibuka. Bantuan i-Fitri 2023. Permohonan, semakan pendaftaran dan kemaskini untuk ibantuan ifitri berjumlah RM300 secara one-off.

Bantuan i-Fitri ini diwujudkan khas untuk rakyat Terengganu bagi membantu rakyat terutamanya dalam golongan B40 & M40 untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Tarikh tutup permohonan untuk bantuan ini adalah bermula pada 22 Mac hingga 31 Mac 2022. Permohonan perlu dilakukan secara online.

Permohonan Bantuan Duit Raya RM300 secara one-off kini dibuka

Bantuan I Fitri B40 & M40

Kategori penerima bantuan ini diperuntukkan kepada isi rumah yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Jumlah Bantuan

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti berikut:

  • RM300 one-off

Tarikh pembayaran

Tarikh pembayaran yang akan diterima pemohon yang layak adalah dari 17 April 2022.

Syarat Kelayakan iFitri

Syarat & kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu semasa memohon
  2. Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun); atau
  3. Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan isi rumah bulanan antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun) .
  4. Pemohon mendaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
  5. Pemohon mestilah pengundi yang berdaftar di Terengganu.
  6. Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon.
  7. Kontraktor berdaftar tidak layak memohon.
  8. Peniaga berlesen tidak layak memohon melainkan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi keperluan kategori.
  9. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji hendaklah mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.

Cara Permohonan Bantuan i-Fitri

Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online dengan membuat permohonan melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/ mulai 19 Mac hingga 31 Mac 2023.

Selepas melengkapkan permohonan, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Untuk pemohon bagi kategori PERANTAU pula boleh mohon mulai 1 April 2023.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan.

Permohonan Bantuan Duit Raya RM300 secara one-off kini dibuka

Borang PRT20

Mengikut pada syarat kelayakan di atas, pemohon perlu mengisi maklumat diri dan keluarga dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu. Berikut adalah borang tersebut :

Borang PRT20 (Download)
Borang Kemaskini PRT20 (Download)

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan i-Fitri boleh dirujuk melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my

Atau hubungi talian Hotline Negeri di :

  • 011-5368 1120
  • 011-1526 5561
Baca Lagi:
KP Imigresen Khairul Dzaimee sah ditukar, kini diganti Ruslin Jusoh
Duit kertas Ringgit Malaysia bakal bertukar wajah ceria dan berwarna-warni?
Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi