Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya, gadis ini berlari ke kubur takut tak sempat tatap wajah arwah

1562216 e1650926732614

Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya, gadis ini berlari ke kubur takut tak sempat tatap wajah arwah.

Rakaman memaparkan seorang wanita berlari ke tanah perkuburan sebelum jenazah ibunya dikebumikan ternyata meruntun hati netizen.

Difahamkan, ibu kepada wanita itu meninggal dunia pada ketika dia dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman di Sabah.

“Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya. Dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih.

“Kawan bagitahu kakaknya ni memang sudah rancang balik kampung hari ni. Tapi hari yang sama juga emaknya pergi dulu,” tulis kapsyen pada video itu.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa turun ke liang lahad.

Dia yang terduduk disisi jenazah gagal menahan air mata, malah tangannya juga kelihatan menggigil sambil menekup mulut.

Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu meraih lebih 2.8 juta tontonan dalam masa 10 jam.

Selain TikTok, video itu turut dikongsi menerusi laman Twitter.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih atas nasib wanita itu, tak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan roh ibunya.

“Sedihnya tengok video kakak dekat tanah perkuburan tu. Kita sedar yang ibu bapa ni semua pinjaman untuk kita. Memang bukan kita punya dan suatu hari nanti ibu bapa kita akan dipulangkan kepada pencipta.

“Semoga kita dapat jadi anak-anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa kita,” tulis @MaisarahMahmud sehingga meraih lebih 4,000 ulang kicau (retweet).

“Benda yang paling aku risaukan ketika aku tengah berada jauh daripada keluarga ialah apabila mana aku terima khabar berita kematian insan yang aku sayang.

Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya, gadis ini berlari ke kubur takut tak sempat tatap wajah arwah

“Sama macam saya. Mak saya meninggal semasa saya berada jauh di perantauan untuk menuntut ilmu. Saya naik flight balik dan sempat tiba di perkuburan tapi tak sempat nak tengok dan cium wajah terakhir ibu. Perasaan masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya saya.

“Mengigil tangan dia… tak tahu la macam mana dia boleh belari, kalau aku dah rapuh kaki nak jalan.

“Semoga arwah ditempatkan di taman syurga dan diterima semua amal ibadah. Salam takziah,” tulis beberapa netizen yang lain.

Baca Lagi:

Ayob Khan sahkan pegawai polis wanita buat ‘live’ TikTok daripada narkotik

Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

Presiden The World Bank keluar amaran krisis makanan bakal berlaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *