Bangsa berjaga malam, bekerja siang bangsa yang berjaya

F72E2CF7 D03E 4A24 8A30 6ED284E5C50F

Bangsa berjaga malam, bekerja siang bangsa yang berjaya.

Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang berjaga pada waktu malam dan bekerja di siang harinya, kata Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Beliau berkata, kombinasi antara dua perkara itu penting untuk mencipta kekayaan agar dapat berbahagi rezeki bersama insan yang memerlukan.

“Itulah sebenarnya, kurangkan tidur dan banyakkan kerja-kerja siang (untuk) mencipta kekayaan supaya kita dapat berinfaq.

“Tidak boleh bayar zakat yang lebih jika tidak ada harta,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program World #QuranHour 2022 di Studio TV AlHijrah pada Selasa.

Menurutnya, masyarakat kini cenderung membincangkan soal pengagihan harta, tetapi kurang memberi fokus bagaimana mahu menjana pendapatan itu sendiri.

Bangsa berjaga malam, bekerja siang bangsa yang berjaya

“Nak agih mudah tetapi nak bina kekayaan dan cipta ekonomi baharu dalam masyarakat, itu yang mencabar,” ujarnya.

Mohd Daud berkata, umat Islam harus berusaha mengumpul kekayaan untuk mencipta kehidupan yang lebih baik di dunia mahupun di akhirat.

“Jadi, (jika) kita nak mencipta kekayaan, al-Quran selalu mengatakan lepas solat Jumaat keluar, jangan duduk di masjid, pergi cari rezeki dan meneroka.

“Itulah bahasa al-Quran, bukan bahasa akhirat, tetapi bahasa dunia. Al-Quran turun untuk bina kehidupan di dunia sebelum di akhirat.

“Kita nak wacana al-Quran supaya bina kehidupan di dunia dahulu sebelum di akhirat, ini misi yang kita mahukan,” katanya.

Baca Lagi:

Ringgit Malaysia berpotensi jatuh sehingga RM5.00 ke RM5.70 menjelang hujung tahun

Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya, gadis ini berlari ke kubur takut tak sempat tatap wajah arwah

Lelaki ini dedah cara nak dapatkan RM900 sehari dengan mudah, hanya jadi tukang beratur untuk pelanggan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *