Penumpang cemas, lelaki nekad buka pintu pesawat yang sedang bergerak

5879A6C4 84DB 4439 A8F2 B4909333CE22

Penumpang cemas, lelaki nekad buka pintu pesawat yang sedang bergerak.

Seorang penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago pada 5 Mei lalu seolah-olah tidak mampu bersabar untuk keluar dari pesawat yang dinaikinya.

Sebelum sempat pesawat itu tiba di pintu yang dikhususkan, dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun, kata Polis Chicago.

Media tempatan melaporkan, polis memberitahu, penumpang lelaki itu telah membuka pintu kecemasan pesawat United Airlines, dan selamba berjalan di atas sayap pesawat berkenaan yang sedang bergerak perlahan, sebelum menggelongsor dan melompat ke atas landasan.

Penumpang lain yang berada dalam pesawat berkenaan berasa sedikit cemas dan tidak mampu berbuat apa-apa, sementara seorang penumpang lain sempat mengambil gambar pintu kecemasan yang telah terbuka itu.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan saluran berita ABC 7 Chicago, pihak United Airlines berkata, kru di landasan telah menahan penumpang itu sebelum pihak berkuasa tiba dan membawanya untuk siasatan lanjut.

“Pesawat itu kemudiannya tiba di pintu yang dijadualkan dan semua penumpang telah keluar dengan selamat. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami,” kata syarikat penerbangan itu.

Menurut Jabatan Penerbangan Chicago, tiada laporan tentang kecederaan. Identiti lelaki berkenaan juga tidak didedahkan buat masa ini.

Baca Lagi:

Jumpa segulung duit RM100, ramai mengaku duit mereka, tapi lelaki ni berjaya jumpa pemilik asal

Wanita terkejut ada lelaki misteri menyorok dalam almari semasa ‘check in’ hotel

Dua beradik ditahan kes seret penyampai berita TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published.