Bapa kecewa anak dapat duit raya RM3, pesan tuan rumah jangan berkira sangat!
Pemberian duit raya semasa tetamu datang berkunjung bagaikan satu tradisi di negara kita.
Namun, ada yang tidak bersyukur dengan mempersoalkan jumlah duit raya yang diperoleh malah memperlekeh amaun sedikit yang diberi tuan rumah.
“3 ringggit je? Jangan la kedekut sangat…”
Perkongisian tangkap layar yang tular di media sosial ini menunjukkan satu posting seorang bapa yang merungut tentang jumlah duit raya sedikit yang diperoleh anaknya oleh seseorang.
Tegaskan tuan rumah agar jangan berkira dan tidak kedekut, bapa ini siap memberi pandangan untuk memberi jumlah duit raya yang lebih besar dari RM3, seperti yang diperoleh anaknya.
“Aku pernah dapat 20 sen, relaks je..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan bapa berkenaan yang disifatkan tidak bersyukur dengan pemberian dari orang lain buat anaknya.
Malahan mereka juga berpendapat bahawa duit raya adalah pemberian ikhlas seseorang yang sepatutnya dihargai tak kira berapa jumlahnya.
Baca Lagi:
Jumpa segulung duit RM100, ramai mengaku duit mereka, tapi lelaki ni berjaya jumpa pemilik asal
Tular pokok misteri keluar air seakan air terjun secara semulajadi
Penumpang cemas, lelaki nekad buka pintu pesawat yang sedang bergerak