Penumpang berdepan saat-saat cemas, pesawat Qatar Airways hampir berlanggar dengan sebiji belon iklan

Penumpang berdepan saat-saat cemas, pesawat Qatar Airways hampir berlanggar dengan sebiji belon iklan

Pesawat Qatar Airways hampir berlanggar dengan sebiji belon iklan, penumpang berdepan saat-saat cemas.

Penumpang pesawat Qatar Airways berdepan saat-saat cemas apabila hampir berlanggar dengan sebiji belon hanyut ketika mahu melakukan pendarat di Brazil, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Kemunculan belon itu telah memaksa juruterbang untuk membelokkan pesawat ke kanan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan.

Rakaman momen dramatik yang diambil oleh salah seorang penumpang bernama Denio Costa menunjukkan belon tersebut berada sangat dekat dengan sayap kiri pesawat.

Penumpang berdepan saat-saat cemas, pesawat Qatar Airways hampir berlanggar dengan sebiji belon iklan

Juruterbang Boeing 777 yang berlepas dari Doha terpaksa membuat gerakan mengelak apabila pesawat itu menghampiri landasan lanjutan di Sao Paulo, Brazil.

Seorang penduduk tempatan, Rafael Freitas pula berjaya merakam gambar belon itu ketika ia terbang hampir dengan pesawat.

Jurucakap Qatar Airways memaklumkan penerbangan QR779 berjaya mendarat dengan selamat.

Penumpang berdepan saat-saat cemas, pesawat Qatar Airways hampir berlanggar dengan sebiji belon iklan

“Kapten pesawat telah memfailkan laporan berikutan kejadian itu yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Brazil,” tambah jurucakap berkenaan.

Imej belon itu menunjukkan ia tidak tidak diikat dengan tali atau tanpa pemandu serta memaparkan sepanduk pengiklanan.

Melepaskan belon tanpa pemandu merupakan satu jenayah di Brazil.

Baca lagi: 

Pesawat Emirates A380 terbang lebih 13 jam dengan lubang besar pada badan pesawat

[VIDEO] Penumpang panik, pesawat terbakar selepas mendarat cemas

[VIDEO] Pesawat India bersama 185 penumpang mendarat cemas, enjin terbakar

CATEGORIES