Pengorbanan besar kakak untuk adik, sanggup dermakan rahim supaya adik perempuan boleh merasa lahirkan anak sendiri

Photo of author

By Joe

Pengorbanan besar kakak untuk adik, sanggup dermakan rahim supaya adik perempuan boleh merasa lahirkan anak sendiri. Seorang kakak melakukan pengorbanan besar dengan mendermakan rahimnya kepada adik perempuan yang tidak dapat melahirkan anak.

Wanita berusia 40 tahun itu sudah mempunyai dua anak dan membuat keputusan untuk mendermakan rahim kepada adiknya berumur 34 tahun yang tidak boleh melahirkan anak disebabkan mengalami masalah genetik.

Selepas mengambil masa hampir sembilan jam setengah, pembedahan tersebut berjaya dilakukan dan sekumpulan pakar bedah di Britain berbangga dengan pencapaian tersebut.

Pengorbanan besar kakak untuk adik, sanggup dermakan rahim supaya adik perempuan boleh merasa lahirkan anak sendiri

Difahamkan, ia merupakan prosedur pemindahan rahim pertama negara itu yang melibatkan penderma hidup.

Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya pembedahan saya tetapi hasilnya positif.

Kejadian itu berlaku pada Februari lalu dan lebih 30 staf hospital kemudian menukar syif untuk memantau wanita berkenaan selama 24 jam berikutnya.

Pakar bedah, Profesor Richard Smith berkata dia berpuas hati apabila penderma dan penerima rahim gembira dengan pembedahan tersebut dan dalam keadaan baik.

Pengorbanan besar kakak untuk adik, sanggup dermakan rahim supaya adik perempuan boleh merasa lahirkan anak sendiri

Identiti kedua-dua wanita itu tidak didedahkan dan penerima rahim tersebut dikatakan merancang untuk hamil menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada hujung tahun ini.

Baca Lagi:
Kenapa Kelantan dikategorikan negeri paling miskin dalam Malaysia?, ini sebabnya yang ramai orang Kelantan tak sedar
Wanita tawar gaji RM35,000 sebulan untuk jadi pemandu peribadi, ini syarat yang diperlukan
Nak cepat kaya punya pasal, wanita ini tulis mantera atas duit kertas RM10, tak sangka ini yang ditulis