Pengakuan bekas doktor pelatih dibuli “2 kali saya cuba bunuh diri”

Pengakuan bekas doktor pelatih dibuli “2 kali saya cuba bunuh diri”

Pengakuan bekas doktor pelatih dibuli “2 kali saya cuba bunuh diri”.

Kemurungan melampau dan tekanan dialami akibat dibuli dan didera secara mental menyebabkan bekas doktor pelatih, Muhammad Farhan Mohamed, dua kali nekad cuba menamatkan riwayat hidup.

Ketika berkongsi pengalaman sukar itu, jelas riak wajah dan nada suaranya masih terlalu kecewa serta sedih diperlakukan sebegitu.

Dalam tempoh sebulan, dua kali dia terbabit dalam kemalangan berpunca daripada jiwa kosong serta tidak dapat memberi tumpuan kepada diri akibat kemurungan dialami.

“Setiap hari saya berfikir kenapa saya perlu hidup. Disebabkan tekanan yang terlalu tinggi, saya berasa amat penat dan berfikir bagaimana nak menamatkan riwayat saya.

“Seperti dalam gambar kemalangan yang saya kongsikan, saya tidak ingat, saya hanya berfikir mahu melanggar sesuatu supaya cepat mati,” katanya ketika ditemui BH, semalam.

Muhammad Farhan berkata, dalam kemalangan pada 2012 itu, dia nekad melanggar pembahagi jalan, namun tidak mengalami kecederaan parah, sekadar luka dan lebam.

Pengakuan bekas doktor pelatih dibuli "2 kali saya cuba bunuh diri"

“Pernah ada ketika saya beli motor besar dan menunggang selaju yang mungkin. Saya dah tak berfikir, kalau mati, biarlah. Cuma saya tidak berfikir untuk membunuh diri dengan terjun bangunan.

“Saya hanya terfikir nak bunuh diri ketika sedang memandu. Apabila bekerja, keinginan untuk bunuh diri itu tiada. Ramai cakap suruh membaca al-Quran dan sebagainya, namun apabila kita berada dalam situasi itu, kita tidak sedar kita dalam kemurungan,” katanya.

Mengenai nasihatnya kepada doktor pelatih yang mengalami nasib sama, Muhammad Farhan berkata: “Jangan pendam dan segera lapor kejadian buli kepada pihak berkuasa.”

Tegasnya, jika masalah itu berlarutan, individu dibuli bakal menerima kesan lebih teruk sehingga memiliki keinginan untuk membunuh diri seperti yang pernah dilaluinya.

“Nasihat kepada yang kena buli, satu sahaja, cuba dapatkan bantuan daripada pihak di luar hospital sebab pihak pengurusan hospital akan cuba melindungi sesama sendiri.

“Laporkan masalah kepada pihak yang lebih tinggi, seperti kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Muhammad Farhan turut memberi peringatan kepada pembuli supaya menghentikan tindakan terbabit kerana ia hanya merugikan diri sendiri.

Beliau juga meminta pihak berkuasa supaya mengambil serius setiap aduan dilaporkan doktor pelatih kerana bantuan awal yang diberikan mampu menyelamatkan mereka.

“Kepada pembuli, jangan lupa, apabila anda ada anak, nanti anak anda pula dibuli, kejadian buli sama ada secara mental atau fizikal perlu dihentikan.

“Jangan jadikan buli ini sebagai budaya. Jangan lupa apabila kita ada anak atau cucu, mereka pula akan dibuli atau menjadi pembuli,” katanya.

Ditanya mengenai pendedahan insiden buli membabitkan doktor pelatih dan usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani gejala itu, beliau berharap inisiatif terbabit dapat membantu menghentikan kejadian buli.

“Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku. Tolonglah bantu selesaikannya, jangan sekadar sekerat jalan atau ketika kes tengah ‘panas’ dan selepas itu senyap,” katanya.

Baca Lagi:

Pemandu lori kongsi cerita makan Mee Goreng yang kemudian bertukar tanah liat dan berulat, ramai yang sudah terkena!

Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

CATEGORIES