Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun

Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun

Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun.

Kemalangan boleh menyebabkan pelbagai impak terhadap seseorang seperti kecederaan, kecacatan kekal dan koma. Bahkan, kadangkala boleh menyebabkan kematian.

Tidak silap SinarPlus, kisah Putera Arab Saudi, Putera Al Waleed Khaleed Talal yang mengalami kemalangan kereta pada tahun 2005 dan masih koma sehingga kini pernah tular pada tahun lalu.

Baru-baru ini cerita pilu itu kembali diperkatakan ramai.

Seperti yang dilaporkan, kehidupan Putera Al Waleed ibarat seperti kisah dongeng kanak-kanak, Sleeping Beauty. Justeru, beliau digelar sebagai ‘putera tidur’.

Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun

Pasti ramai tertanya-tanya, mengapa seseorang boleh koma selama bertahun-tahun?

Merujuk artikel Mayo Clinic, koma adalah keadaan seseorang yang tidak menyedarkan diri dalam jangka masa panjang disebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kecederaan trauma kepala, strok, kanser otak, keracunan dadah, alkohol, diabetes atau jangkitan.

“Koma diklasifikasikan sebagai rawatan kecemasan kerana tindakan pantas perlu dilakukan untuk memastikan otak hidup dan berfungsi.

“Pelbagai ujian darah dan imbasan otak dilakukan untuk menentukan punca koma sekali gus menentukan rawatan yang bersesuaian,” ujar laman web itu.

Dalam pada itu, CNN Indonesia melaporkan, kes individu yang koma yang memakan masa bertahun-tahun seperti yang dialami Putera Arab Saudi jarang berlaku.

“Lazimnya, koma yang bertahun-tahun akan beralih kepada keadaan vegetatif yang berterusan atau berlaku kematian otak,” kata laman web berpengaruh itu.

Terdapat beberapa jenis keadaan koma yang boleh terjadi merujuk artikel CNN Indonesia:

i. Ensefalopati toksik-metabolik
– Koma ini diklasifikasikan sebagai keadaan disfungsi otak dengan gejala kekeliruan atau kecelaruan.
– Puncanya berbeza-beza termasuklah berlaku disebabkan penyakit sistemik, jangkitan, kegagalan organ dan juga keadaan lain.

ii. Keadaan vegetatif yang berterusan
– Ia satu keadaan seseorang tidak sedarkan diri yang teruk. Mereka tidak menyedari persekitaran mereka dan tidak mampu bergerak secara sendiri.
– Dalam keadaan ini, seseorang boleh terjaga tetapi tanpa fungsi otak.

iii. Perubatan
– Ia adalah koma jenis sementara atau tidak sedarkan diri yang dilakukan bertujuan melindungi otak daripada bengkak selepas kecederaan.
– Pesakit akan menerima dos terkawal anestetik yang menyebabkan kekurangan perasaan atau kesedaran.
– Doktor akan memerhati dan meneliti tanda-tanda vital orang itu dan biasanya hanya berlaku di Unit Rawatan Rapi.

Sementara itu, dalam artikel yang sama turut menyenaraikan punca-punca berlakunya keadaan koma. Antaranya:

i. Kecederaan otak anoksik
– Keadaan itu berlaku disebabkan otak kurang oksigen sepenuhnya. Kecederaan otak dalam beberapa minit boleh menyebabkan kematian sel dalam tisu otak.
– Ia boleh berpunca daripada serangan jantung (jantung terhenti), kecederaan kepala atau trauma, lemas, terlebih dos dadah atau keracunan.

ii. Trauma
– Kecederaan kepala boleh menyebabkan otak membengkak atau berdarah. Apabila otak membengkak akibat trauma, cecair akan menolak tengkorak. Bengkak itu akan menyebabkan otak menekan batang otak yang seterusnya boleh merosakkan Reticular Activating System (RAS) iaitu bahagian otak untuk rangsangan dan kesedaran.

iii. Bengkak
– Bengkak tisu otak boleh berlaku walaupun tanpa tekanan. Kadangkala ia disebabkan kekurangan oksigen, ketidakseimbangan elektrolit atau hormon.

iv. Pendarahan
– Pendarahan dalam lapisan otak boleh menyebabkan koma akibat bengkak dan tekanan pada bahagian otak yang cedera. Tekanan itu menyebabkan otak beralih dan berlakunya kerosakan pada batang otak dan RAS.
– Tekanan darah tinggi, aneurisma serebrum dan kanser adalah punca pendarahan otak yang bukan disebabkan trauma.

v. Strok
– Koma boleh berlaku apabila tiada aliran darah ke kebanyakan batang otak atau kehilangan darah disertai dengan bengkak akibat strok.

vi. Gula dalam darah
– Untuk penghidap diabetes, koma boleh berlaku apabila paras gula dalam darah sangat tinggi. Ia dikenali sebagai hiperglikemia.
– Hipoglisemia atau gula dalam darah yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan koma. Koma jenis ini biasanya boleh sembuh sebaik sahaja gula dalam darah diperbetulkan.
– Pun begitu, hipoglikemia yang berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan koma berterusan.

vii. Jangkitan
– Jangkitan sistem saraf pusat seperti meningitis atau ensefalitis juga boleh menyebabkan koma.

viii. Racun
– Bahan yang biasanya terdapat dalam badan boleh terkumpul menjadi toksik sekiranya badan gagal menyingkirkannya dengan betul. Sebagai contoh, ammonia daripada penyakit hati, karbon dioksida disebabkan serangan asma yang teruk, atau urea disebabkan kegagalan buah pinggang.
– Bukan itu sahaja, dadah dan alkohol dalam kuantiti yang banyak juga boleh mengganggu neuron dalam otak.

Putera Arab Saudi koma selama 17 tahun, ini penjelasan kenapa boleh koma selama belasan tahun

Gambar hiasan

RAWATAN & SOKONGAN MORAL

Bagi rawatan seperti kes koma yang berlaku selama 17 tahun, ia bergantung juga kepada puncanya.

Mereka yang rapat dengan pesakit koma perlu memberi maklumat kepada doktor sebanyak mungkin untuk menentukan punca keadaan itu.

Perhatian perubatan sangat penting untuk merawat keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk pulih seperti jangkitan yang beri kesan pada otak mungkin memerlukan antibiotik atau untuk kes diabetes, glukosa diperlukan.

Selain itu, pembedahan juga boleh dilakukan untuk melegakan tekanan pada otak yang membengkak atau untuk membuang ketumbuhan.

Apa yang paling penting sekali dalam rawatan koma adalah sokongan moral.

Mereka memerlukan sokongan hidup sehingga keadaan mereka menjadi lebih baik.

Walaupun ramai menyangka pesakit koma biasanya tiada harapan untuk sedarkan diri dan kembali hidup normal, tetapi sebenarnya peluang untuk pesakit sedar semula masih ada!

Perkara paling penting, kita teruskan berdoa. Kuasa doa itu tidak ternilai.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Kereta calar dilanggar teksi, punya lah baik hati pemandu Porche ini hanya minta ganti rugi RM3 sahaja

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

CATEGORIES