Penantian 9 bulan berakhir, ibu bersyukur meskipun anak tidak bernyawa lagi

Penantian 9 bulan berakhir, ibu bersyukur meskipun anak tidak bernyawa lagi

Penantian 9 bulan berakhir, ibu bersyukur meskipun anak tidak bernyawa lagi.

Penantian selama sembilan bulan seorang ibu untuk mengetahui nasib anaknya yang hilang secara tiba-tiba berakhir hari ini.

Meskipun penemuan anaknya dalam keadaan tidak bernyawa, Azmawati Ab Kadir, 55, tetap bersyukur kerana kekusutan yang dialaminya sekeluarga terjawab akhirnya sejak Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, dilaporkan hilang pada 29 Oktober tahun lalu.

FB IMG 1658585276173 e1658589005798

“Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa pun dirinya,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Walaupun sedih, namun Azmawati reda, lega dan bersyukur jasad anak yang hilang sejak Oktober tahun lalu dapat ditemui.

“Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.

“Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya.

Anak rebah ketika berkawad, tindakan pantas bapa meruntun hati orang ramai

Azmawati berkata, dia sudah bertolak ke Hospital Pekan, Pahang selepas menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengah hari tadi.

“Pada mulanya, ada seorang awam menghubungi saya sebab ingat berita tular di Facebook berhubung kehilangan anak sulung saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada polis memaklumkan perkara sama kira-kira jam 1 tengah hari.

Penantian 9 bulan berakhir, ibu bersyukur meskipun anak tidak bernyawa lagi

“Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran sama dengan kereta anak saya.

“Kebetulan salah seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk beg kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya,” katanya.

Bercerita lanjut, sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan itu.

Penantian 9 bulan berakhir, ibu bersyukur meskipun anak tidak bernyawa lagi

“Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.

“Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang dari tempat kerja,” katanya yang mempunyai dua anak.

Sementara itu, polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi tadi.

Mohd Zaidi berkata, rangka mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Baca Lagi:

Anak rebah ketika berkawad, tindakan pantas bapa meruntun hati orang ramai

Anak bunuh ibu guna tukul dipercayai dirasuk syaitan

Doktor kongsi cara buat ubat batuk guna 2 bahan, lebih baik untuk anak-anak

CATEGORIES