Pelakon popular Taiwan meninggal dunia wasiatkan RM302,000 serta emas RM180,000 kepada pengasuh wanita muslim. Nama pelakon Taiwan Chen Sung-Young menjadi sebutan setelah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu.
Selain khabar kematiannya, pelakon berusia 80 tahun itu turut memberikan sebanyak 2 juta TWD (RM302,000) kepada pengasuhnya, seoarang wanita muslim.
Chen memilih untuk bersara daripada bidang lakonan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot pada 2000 dan kemudiannya mengalami strok pada 2006.
Bagaimanapun, Chen memilih untuk tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak.
Namun dalam beberapa tahun terakhir, dia sangat rapat dengan Yule dari indonesia dan sudah menganggap wanita itu sebagai anak sendiri.
Sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yule kerana dia telah menjaganya dengan baik selama ini.
Chen berbuat demikian supaya pengasuhnya dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia.
Dalam pada itu, Chen juga pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yule.