Pelajar wanita maut selepas makan gula-gula perisa ganja

5ac9f0eb a249 4ba7 9c90 d9d976fe003e e1649690902775

Pelajar wanita maut selepas makan gula-gula perisa ganja.

Menurut BBC, wanita berusia 23 tahun dari Ilford, London itu pada asalnya membeli gula-gula ganja berkenaan daripada seorang individu menerusi talian mesej.

Setibanya gula-gula ganja tersebut di rumahnya, dia bersama seorang lagi rakannya memakan makanan tersebut pada malam harinya.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tiba-tiba berasa tidak sihat selepas masing-masing memakan sebiji gula-gula tersebut.

Pelajar wanita maut selepas makan gula-gula perisa ganja
Gambar hiasan

Keadaan itu menyebabkan paramedik dan polis terpaksa bergegas ke rumah mereka untuk diperiksa sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun pelajar undang-undang tersebut disahkan meninggal dunia, manakala rakannya berjaya diselamatkan melalui rawatan susulan.

Menurut risikan polis, gula-gula ganja tersebut dipercayai didapati daripada seorang lelaki yang tegar menjual bahan berkenaan.
Justeru, lelaki terbabit, Leon Brown, 37, telah ditahan polis dan didakwa atas kesalahan berniat untuk membekalkan ‘cannabinoid‘ sintetik kelas B kepada mangsa.

“Polis berkata, mereka telah menemukan sejumlah wang (ketika serbuan) dan mereka percaya bahawa ia adalah hasil dari penjualan produk daripada ganja,” lapor BBC.

Memetik BBC, polis tersebut hadir pada hari perbicaraan di Mahkamah Barkingside Magistrates yang diadakan pada Isnin.

Di samping itu, bedah siasat dimaklumkan akan dilakukan dalam masa yang terdekat, selain ujiian makmal juga telah dilakukan pada beberapa jenis gula-gula ganja, ‘gummies’ dan produk lain.

“Pihak polis masih lagi menyiasat dan mengenal pasti kes lain di mana mereka yang mengalami masalah kesihatan yang serius selepas makan gula-gula ganja, ‘gummies’ dan produk-produk lain yang mengandungi bahan yang sama.

“Mereka sedia maklum kes berkaitan hal ini yang melibatkan seorang wanita yang mengalami masalah kesihatan selepas makan gula-gula ini dan telah dimasukkan ke hospital,” lapor BBC.

Baca Lagi:

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Orang ramai dinasihati berwaspada apabila melihat pelekat hijau pelik di peti surat rumah

Mike Tyson bakal bangunkan kerajaan ganja, ada Tyson Universiti dan Hotel mewah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *