Payung terjun gagal terbuka, lelaki maut ketika lakukan aktiviti terjunan udara

e967ca60 3b4e 422f 831a 44a7840d80eb e1654766475747

Payung terjun gagal terbuka, lelaki maut ketika lakukan aktiviti terjunan udara.

Seorang lelaki Britain terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 800 meter akibat kegagalan payung terjun untuk terbuka ketika melakukan aktiviti terjunan udara di Itali, lapor akhbar Daily Star semalam.

Peminat sukan ekstrem, Dylan Morris Roberts maut di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan tragis itu di Gunung Dolomites.

Lelaki berusia 33 tahun itu melakukan aktiviti tersebut bersama lima rakannya ketika melompat dari cerun gunung itu.

Payung terjun gagal terbuka, lelaki maut ketika lakukan aktiviti terjunan udara

Roberts ialah seorang ahli penerjun udara yang telah melakukan berpuluh-puluh terjunan. Dia juga merupakan bekas pengajar di sekolah Payung Terjun Britain.

Rakan-rakannya dilaporkan menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera sejurus kemalangan itu berlaku. Pasukan penyelamat kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Polis tempatan berkata, payung terjung mangsa gagal berfungsi selain mengesyaki dia mungkin tersilap mengira trajektorinya.

Baca Lagi:

Sikap biadap penunggang motor marah pemandu kereta lambat sentuh kad TnG undang kecaman

Seram! ‘Budak Misteri’ naik bersama anak di Funfair, tiba-tiba lesap di pusingan terakhir permainan

[VIDEO] Berkira RM50 nak bayar clamp punya pasal, habis jahanam kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *