Bandar di Kuwait catat suhu paling panas di Bumi

j7 e1654743338253

Bandar di Kuwait catat suhu paling panas di Bumi.

Sebuah bandar di Kuwait, Al Jahra merekodkan suhu paling panas di muka Bumi tahun ini dengan catatan mencecah 50 darjah Celsius, lapor laman berita Gulf News, semalam.

Menurut indeks suhu global, Al Jahra mencatatkan suhu tertinggi di Bumi pada Ahad lalu, dan diikuti oleh bandar Al Wafra dengan 49.7 darjah Celsius.

Bandar di Kuwait catat suhu paling panas di Bumi

Kuwait dan bahagian selatan Iraq, selain timur dan timur laut Arab Saudi, kini terjejas oleh jisim udara yang sangat panas dengan kesannya dijangka berterusan sepanjang minggu bersama catatan suhu melebihi 50 darjah Celsius.

Tahun lalu, bandar Nawasib yang juga terletak di Kuwait mencatatkan 53.2 darjah Celsius, suhu tertinggi di dunia setakat ini.

Musim panas Kuwait bermula apabila ketiadaan hujan, suhu panas tinggi dan angin kencang yang mula bertiup pada akhir Mei serta berterusan sehingga pertengahan Julai yang mencetuskan ribut debu.

Haba yang tinggi adalah disebabkan oleh pergerakan angin tekanan rendah India ke arah Pergunungan Zagros, di mana angin kehilangan habanya akibat mampatan pada ketinggian tinggi pada kadar enam darjah setiap kilometer.

Baca Lagi:

KKM, pakar patologi kulit UPM bantu kaji penyakit misteri Ustaz Kazim

[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan

Sikap biadap penunggang motor marah pemandu kereta lambat sentuh kad TnG undang kecaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *