Pasangan suami isteri kongsi tips mampu beli rumah RM700k hasil menabung bersama

Photo of author

By Joe

Pasangan suami isteri kongsi tips mampu beli rumah RM700k hasil menabung bersama. Siapa sangka hasil tabungan telah membantu pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan rumah impian mereka.

Begitulah perkongsian daripada pasangan yang kini memiliki kediaman idaman jenis teres dua tingkat di Mambau, Negeri Sembilan.

Mereka mampu membelinya selepas menyimpan 20 peratus daripada pendapatan bulanan mereka. Mohd Sollehi Arshad, 31, dan isterinya, Munirah Mahmud, 30, yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, membeli kediaman itu pada harga hampir RM700,000.

Pasangan suami isteri kongsi tips mampu beli rumah RM700k hasil menabung bersama

Beli selepas tertarik dengan kawasan rumah

Bercerita tentang kisah mereka kepada Harian Metro, Mohd Sollehi menjelaskan bahawa ketika itu dia dan isterinya sedang membeli barang keperluan rumah dan melihat pameran jualan rumah.

“Apabila melihat lokasi dan ciri-ciri kediaman itu, kami merasakan ia sesuai untuk dimiliki.
“Saya dan isteri memang merancang untuk membeli rumah sendiri kerana sebelum ini kami tinggal di rumah yang diberikan oleh keluarga. Namun, kami tidak begitu serius dalam membuat tinjauan dan sebagainya.
“Namun, setelah mengunjungi pameran jualan tersebut dan mendengar penerangan daripada ‘jurujual’, kami tertarik dengan konsep kediaman, lokasi, dan yang paling penting, ia berada dekat dengan rumah ibu bapa kami,” katanya.

Menurutnya, proses membeli kediaman pertama mereka berjalan lancar dan mengambil masa yang agak singkat kerana segala urusan pembelian diuruskan oleh jurujual.

“Pada saya, perkara paling penting untuk membeli rumah ini adalah mempunyai simpanan yang baik, yang membolehkan pihak bank yakin dengan kemampuan kita untuk mendapatkan pembiayaan.

“Setiap bulan, saya dan isteri membuat tabungan bersama sekurang-kurangnya 20 peratus daripada pendapatan kami yang dikhaskan untuk simpanan dan digunakan untuk membeli perkara penting, termasuk persediaan untuk membeli rumah,” katanya.

Selain mempunyai simpanan yang baik, dia dan isterinya juga sangat mementingkan pengurusan kewangan selepas membeli kediaman itu, kerana ia memerlukan perbelanjaan tambahan.

“Apabila kita sudah membeli rumah, akan ada kos tambahan untuk pengubahsuaian dan hiasan dalaman supaya saya dan isteri dapat tinggal dengan selesa di dalam kediaman ini.

“Jadi, kami juga mempunyai simpanan untuk memastikan perbelanjaan selepas mendapat kunci kediaman dapat dilakukan dengan baik. Namun, ia harus dilakukan mengikut kemampuan peribadi,” katanya.

Baca Lagi:
Dinosaur T-Rex jadi pengayuh beca raih perhatian ramai
Senarai 5 rumah pemimpin di Malaysia yang mewah dan indah dipandang
Kisah pilu mumia anjing yang terperangkap dalam batang pokok