Pasangan nikah di Siam berdepan risiko penjara dan tangkap khalwat

Pasangan nikah di Siam berdepan risiko penjara dan tangkap khalwat

Pasangan nikah di Siam berdepan risiko penjara dan tangkap khalwat.

Pasangan yang memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda atau penjara, malah bakal berdepan kesukaran seumur hidup selagi mereka enggan mengesahkan status perkahwinan di negara ini.

Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie di Tetuan Muneer Farid & Co., Muneer Mohamed Farid Al-Hafiz berkata, pasangan yang berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing akan berdepan risiko paling sukar dalam hidup mereka di kemudian hari.

Pasangan nikah di Siam berdepan risiko penjara dan tangkap khalwat

“Mereka anggap perkahwinan di luar negara adalah sah, tetapi sebenarnya pasangan ini memang ambil risiko.

“Apa sahaja akad yang dilakukan perlulah ditentukan sah oleh Mahkamah Syariah terma­suk rukun nikah, wali atau juru akad sama ada diiktiraf pihak agama dan sebagainya,” kata beliau kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, selagi tidak disahkan oleh mahkamah, selagi itulah pasangan terbabit dianggap tidak berkahwin dan tiada sebarang rekod perkahwinan di negara ini.

Katanya, lebih mudarat lagi apabila berlaku perceraian, urusan faraid dan nasab anak selain berdepan tuduhan atas kesalahan khalwat kerana gagal me­nunjukkan bukti rasmi perkahwinan di negara ini.

“Oleh itu, pasangan terbabit perlu mendaftarkan semula pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam negeri bagi mengesahkan status perkahwinan selain mengelak daripada dikenakan tindakan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004.

“Mereka perlu sahkan perkahwinan di negara ini dan kedua mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 40(2) iaitu hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya,” ujar beliau.

Tambahnya, bagi si isteri yang risau atau syak pasangan mereka sudah berkahwin di luar negara, mereka boleh melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk tindakan lanjut.

Baca Juga : Nama Siti Hariesa tular selepas tersebar klip aksi panas bersama Zul Ariffin, bukan calang-calang orang ni

Wanita tampar dan baling sos pada pekerja order salah, tapi lain pula yang terjadi puas hati tengok..

Lelaki culas bayar nafkah bekas isteri dan anak akan dibekukan akaun bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *