“Pakai telefon mahal, ‘order’ kereta kecil”, 5 gadis dihalau pemandu e-hailing

Photo of author

By Joe

“Pakai telefon mahal, ‘order’ kereta kecil”, 5 gadis dihalau pemandu e-hailing. Seorang pemandu e-hailing menghalau lima orang gadis daripada menaiki keretanya kerana telah melebihi had penumpang yang dibenarkan.

Melalui satu video tular di media sosial ketika ini, pemandu tersebut terus menghalau lima gadis terbabit selepas didapati melebihi had penumpang.

“Keluar-keluar, mana boleh macam ni, saya dah ‘cancel’ (batal) tempahan. Keluar, nanti tempah kereta besar sikit,” jelas pemandu tersebut.

“Pakai telefon mahal, ‘order’ kereta kecil", 5 gadis dihalau pemandu e-hailing

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut dan berpendapat tindakan mereka menempah kenderaan e-hailing yang kecil kerana ingin berjimat.

“Pakai telefon mahal, ‘order’ kereta kecil, tak kan mereka tak boleh fikir. Nak jimat sangat. Terbaik la abang ni,” jelas seorang pengguna media sosial.

“Itu ajar dia, bergaya tu sakan sangat. Dah habis duit lah tu minum kopi mahal. Biar jadi pengajaran sikit.

“Kita dah dapat kemenangan pertama, biasanya wanita ni tak pernah kalah,” kata Aimini Rashad.

Baca Lagi:
Selepas pemergian Tun Mahathir, inilah lelaki yang jaga klinik MAHA hingga bertahan sampai sekarang
Pelakon wanita terkenal mesra bersama kekasih pakai kain nampak dalam ‘warna merah’
Anak lelaki jutawan warisi harta RM74.3 juta mati dibunuh selepas daftar perkahwinan sejenis