Padah cekik isteri, zakar suami kena tikam dengan lembing

Padah cekik isteri, zakar suami kena tikam dengan lembing

Padah cekik isteri, zakar suami kena tikam dengan lembing. Seorang wanita di wilayah Buriram, Thailand, bertindak menikam zakar suaminya menggunakan tempuling atau lembing ketika mereka bertengkar, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita berusia 43 tahun itu dikatakan menikam lembing tersebut dan memutarkan senjata tajam itu seperti yang sering dilakukan ketika menangkap ikan.

Selepas serangan tersebut, mangsa yang berusia 45 tahun dilaporkan melarikan diri ke rumah ibunya sebelum mendapatkan rawatan di hospital pada keesokan harinya. Dia dilaporkan menerima 17 jahitan.

Menurut laporan media tempatan, mangsa kini tinggal bersama ibunya kerana bimbang sekiranya dicederakan sekali lagi oleh isterinya.

Sementara isterinya pula berkata, ketika kejadian, suamin mencekik lehernya terlebih dahulu sebelum dia bertindak mencapai sebatang lembing lalu menikam zakar lelaki itu.

Baca Lagi:

Dulu budak-budak selalu buat main haiwan ini, rupanya bernilai RM4,000 sekilo

Mysejahtera mungkin akan digunakan untuk mudahkan derma organ

Nampak je sama, tapi lain sebenarnya..Ini jenis susu dalam tin yang ramai belum tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *