Padah bercinta online dengan ‘Doktor’, warga emas gigit jari hilang setengah juta

Padah bercinta online dengan ‘Doktor’, warga emas gigit jari hilang setengah juta

Padah bercinta online dengan ‘Doktor’, warga emas gigit jari hilang setengah juta.

Seorang wanita warga emas bagaikan dapat mimpi buruk apabila duit RM565,700 telah hilang begitu sahaja kerana terpedaya dengan tipu helah seseorang yang kononnya ‘doktor’ di Iraq.

Menerusi laporan Kosmo, wanita warga emas di Taiping, Perak telah terpedaya dengan seorang lelaki yang dikenali melalui media sosial.

Mangsa jerat percintaan

Padah bercinta online dengan ‘Doktor’, warga emas gigit jari hilang setengah juta

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat menyatakan wanita warga emas yang berusia 68 tahun itu bekerja sebagai penjaga stor di sebuah kilang.

Wanita ini dipercayai merupakan mangsa jerat percintaan online sejak tahun lepas sehingga Mei 2022.

Mangsa dipercayai telah berkenalan dengan seorang pengguna laman Facebook yang mengunakan nama sebagai Ding Nai Wei kononnya seorang doktor dan sedang bekerja di Iraq.

Setelah berkenalan, suspek telah merayu mangsa untuk memasukkan sejumlah wang kepada pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu United agar dia dapat keluar dari Iraq dan berjanji akan memberi wang RM5 juta kepada mangsa sekiranya dia tiba di negara ini nanti.

Mangsa telah melakukan 69 kali transaksi ke dalam 13 buah akaun selepas mendapat pujuk rayu daripada suspek.

11 kali transaksi ke dalam akaun penama Brayen Robson Anak Sito dan sekali atas akaun penama Ho Yee Mun serta satu kali transaksi mengunakan CIMB Bank penama Clayton Roland.

Allahuakbar, macam tu je duit boleh hilang dek kerana terlalu percaya akan janji manis orang yang baru je kenal melalui media sosial.

Ingat korang, sekarang ni macam-macam cara orang buat untuk dapatkan duit. Ambil ni sebagai pengajaran dan sentiasa berhati-hati dengan orang yang baru kenal, lebih-lebih lagi bila tak pernah jumpa. Jangan senang sangat percaya dekat orang okay!

Baca Lagi:

Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak akhirnya terjawab

Buat ‘content’ gunting rambut orang awam, Aaron Aziz mengamuk nak lempang Content Creator

Doktor Pakar ‘kantoi’ dalam serbuan tangkap basah setelah 20 hari hilang tanpa jejak

CATEGORIES