Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19

46053DB7 0A51 44AB 97C0 2A9086252CAD

Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Serene, hari ini.

Berdasarkan kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Onn Hafiz yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap mengangkat sumpah yang turut disaksikan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Dalam hantaran itu turut disertakan beberapa keping gambar Onn Hafiz yang menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Onn Hafiz yang berusia 43 tahun, sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *