Solat jemaah ‘Online’ pasangan remaja di kecam netizen

Solat jemaah 'Online' pasangan remaja di kecam netizen

Solat jemaah ‘Online’ pasangan remaja di kecam netizen.DI laman sosial Instagram (IG) dan aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu kecoh apabila ramai pengguna laman sosial mempersoalkan tentang video ‘solat jemaah online pakwe makwe’.

Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki menjadi imam secara ‘online’ ketika solat berjemaah bersama kekasihnya menerusi panggilan video.

Tindakan tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Furqan Fawwaz yang menganggap ia seolah-olah mempersendakan agama Islam.

“Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana pun yang buat content macam ni tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

“Kita solat untuk minta pada Allah supaya dijauhkan daripada musibah tapi korang buat pula ‘content’ pergi mintak musibah. View makin banyak.

“Kita tegur supaya anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan ‘content’ nak kejar populariti sampai sanggup buat apa saja,” katanya.

Di ruangan komen rata-rata pengikut Furqan turut meluahkan rasa marah terhadap pasangan remaja terbabit kerana yang dianggap ‘lapar perhatian’ dengan memuat naik kandungan sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)

Turut mengulas mengenai perkara tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk berkata, perbuatan sebegitu secara jelas mempermain Islam serta hukum-hakam agama.

Tegas beliau, ia tidak boleh dibiarkan dan wajar diambil tindakan undang-undang.

“Saya nasihatkan, berpada-padalah dalam media sosial, jangan terbawa-bawa sampai buat content berbentuk keagamaan, yang kemudian tular hingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Perbuatan itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut enakmen atau undang-undang.sedia ada jika didapati bersalah,” katanya.

Baca lagi:

Misteri Ular berbulu hijau di temui di dalam paya. Tonton video..

Penyanyi terkenal tak sengaja terselak baju sampai nampak payudara di live TV

[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan

Leave a Reply

Your email address will not be published.