Nasihat jangan beli rumah untuk anak, ia satu pelaburan yang merugikan

Nasihat jangan beli rumah untuk anak, ia satu pelaburan yang merugikan

Nasihat jangan beli rumah untuk anak, ia satu pelaburan yang merugikan. Cara orang dahulu kala menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak bukannya secara verbal macam orang sekarang, sebaliknya mereka membanting tulang bekerja keras mengumpul wang membeli tanah dan kebun untuk diwarisi.

Kebanyakan ibu bapa yang berpangkat dalam perjawatan awam pula, mereka membeli rumah untuk anak-anak seorang sebuah, itu pun kalau anak mereka tidak ramai.

Sayang betul pada anak-anak. Kalau Merak Jalanan, dari rumah sampai kereta semua perlu beli atas titik peluh sendiri.

Nasihat jangan beli rumah untuk anak, ia satu pelaburan yang merugikan

Ada dalam kalangan sahabat Merak Jalanan bercerita, ibu bapa mereka berasa kecewa kerana anak-anak enggan tinggal di rumah yang telah disediakan oleh ibu bapa mereka.

“Bukan tak mahu, tapi kami bekerja di Kuala Lumpur, mak ayah beli rumah di Alor Setar. Di Kuala Lumpur kami terpaksa menyewa. Kami dapat balik ke kampung pun bukan selalu,” kata sahabat Merak Jalanan. Betul juga tu.

Tahukah mereka ketika ibu bapa berhempas pulas menyediakan aset untuk anak-anak, banyak kehendak peribadi yang terpaksa dilupakan.

Ada ibu bapa yang tidak menukar kereta bertahun-tahun. Peruntukan yang ada mereka membuat pinjaman bank untuk beli rumah untuk anak-anak.

Ada juga yang tidak pernah melancong ke luar negara pun. Jangankan ke luar negara, malah ada yang tidak pernah jejak kaki ke Pulau Langkawi ataupun Pulau Redang. Sabah dan Sarawak apatah lagi.

Nasihat Merak Jalanan buat ibu bapa, jika benar sayangkan anak-anak, laburlah dalam dana pendidikan dan kesihatan. Ambil simpanan premium agar anak-anak dapat terus manfaatnya.

Kita tidak tahu bagaimana keadaan ekonomi pada masa akan dapat, jangan kerana wang, anak-anak tidak dapat menyambung pelajaran serta tidak mendapat rawatan kesihatan sebaiknya. Jika ada wang lebih bawalah isteri melancong untuk ‘healing’.

Baca Lagi:
Tiga orang ustaz menjelaskan isu baca bismillahirrahmanirrahim 786 kali mak Neelofa
“First time aku mintak kurangkan ais kena caj RM3”
20 jemaah umrah maut bas terbakar
CATEGORIES