“First time aku mintak kurangkan ais kena caj RM3”

“First time aku mintak kurangkan ais kena caj RM3”

“First time aku mintak kurangkan ais kena caj RM3”. Hasrat seorang lelaki membantu menaikkan jualan seorang peniaga bazar Ramadan berakhir dengan rasa terkejut dan kecewa, apabila dia mendapati peniaga berkenaan menjual air dengan harga Yahudi.

Mana tidaknya, hanya kerana pengadu meminta ais dikurangkan daripada bungkusan air yang dibeli, peniaga itu mengenakan caj tambahan yang tidak masuk akal.

"First time aku mintak kurangkan ais kena caj RM3"

“Kisah hari ini, pergi Bazar Ramadan beli air strawberry. Ditulis RM5, kemudian ditulis kalau tak nak ais, kena tambah RM3. Jadi aku pun cakaplah dekat budak tu yang saya nak satu air strawberry kurang aias. Budak itu pun okay dan siapkan.
“Bila dah siap, dah bungkus, bapa dia pula datang dan kata, “Bagilah duit RM5, kurang ais eh? Kena tambah lagi RM3”. Eh? Aku pun macam pelik dan cakap, “Saya cuma minta kurang ais je, bukannya tak ada ais”.

“Dia tetap kata kena tambah RM3 juga. Aku pun macam.. fikir bulan Ramadan kan, tengok kedai dia pun tak ada orang datang. Tengok anak dia pun kesian.. aku belilah air dari kedai dia dan tak sangka pula kena macam ni.

“Total harga air bungkus ini RM8. Tengok, ada je ais. Bukan tak ada ais, ada ais. Tak tahulah benda ini okay atau tak. Halal ke tak halal, itu lantak dialah dan jawablah dekat akhirat sana,” katanya yang mengakui berasa sedih di sepanjang perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal.

@eshamsoda Niat nak support peniaga air Bazar Ramadhan tapi hmmmmm😇😇 #fyp #fypã‚· #bazarramadan #bazar #peniagamelayu #sabar ♬ original sound – Esham

Menurut pengadu, di waktu ekonomi tidak berapa stabil ini, bukannya senang untuk mencari duit. Sudah tentu air bungkus plastik kecil berharga RM8 itu adalah mahal bagi dirinya.

Pengadu tidak menolak peniaga berkenaan sengaja mengenakan harga yang tinggi untuk mengaut keuntungan pergi haji balik hari.

“Plasik besar saiz tangan je. Aku rasa penjual ni nak balik hari gi Mekah ni. Ini kalau rasa tak sedap masa berbuka nanti, esok aku reveal kedai dia. Memang aku akan reveal kedai dia,” katanya.

Baca Lagi:
20 jemaah umrah maut bas terbakar
Lelaki curi telefon bimbit maut dalam kemalangan jalan raya
Dua sahabat lepas dan bebas dari hukuman gantung, penjara seumur hidup
CATEGORIES