Muka Dj Flavinha melecur silap tembak meriam konfeti

Muka Dj Flavinha melecur silap tembak meriam konfeti

Muka Dj Flavinha melecur silap tembak meriam konfeti. Seorang deejay wanita lari dari pentas semasa pertunjukannya di Brazil selepas secara tidak sengaja meletupkan mukanya dengan meriam kecil konfeti, lapor portal berita Daily Star semalam.

Flavia Ribeiro dikenali sebagai DJ Flavinha, melecur tahap pertama dan luka di mukanya semasa kejadian di Santa Catarina, Brazil pada 21 Januari lalu.

Muka Dj Flavinha melecur silap tembak meriam konfeti

Klip video kesilapan itu tular di media sosial dan mendapat berjuta-juta tontonan. Ia memaparkan detik-detik ketika dia mengacukan meriam itu ke udara di hadapan sejumlah pengunjung persembahannya.

Ketika itu, harapan DJ Flavinha adalah untuk membuatkan kertas-kertas perak jatuh menimpa peminatnya namun dia tidak sedar telah menghalakan muncung meriam pada wajah sendiri.

Meriam itu ‘meletup’ ke arah mukanya menyebabkan dia berlari ke belakang pentas, manakala penonton terkejut menonton aksi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Flavia Ribeiro (@djflavinhaa)

Baca Lagi:
Pluto tidak lagi diiktiraf sebagai planet, ini sebabnya yang ramai tak tahu
Jangan sesekali letak cermin depan katil, ini penjelasan pakar bilik tidur
Lelaki kecewa pergi ‘reunion’ kena pulau dengan kawan sebab naik kereta Myvi
CATEGORIES