Lelaki hina Nabi, conteng masjid perkataan ‘babi’ dikesan

Lelaki hina Nabi, conteng masjid perkataan ‘babi’ dikesan

Lelaki hina Nabi, conteng masjid perkataan ‘babi’ dikesan.  Seorang lelaki didakwa melakukan perbuatan tidak beradab apabila menconteng tembok batu sebuah masjid menggunakan spray dengan menulis kata-kata kesat menghina nabi.

Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi video sekali gus mengundang kemarahan dan kecaman orang ramai.

Pada video yang tular tersebut, perakam sempat merakam lelaki itu menconteng dinding sebelum berlalu pergi.

Lelaki hina Nabi, conteng masjid perkataan 'babi' dikesan

Perakam yang tidak diketahui identiti itu turut menegurnya ‘hoi’ beberapa kali, namun tidak diendahkan.

Dalam pada itu, orang ramai mengecam perbuatan tersebut sekali gus berharap lelaki tersebut diambil tindakan undang-undang.

“Apa masalah dia ni. Hina nabi dengan conteng di pagar masjid,” kata Baon Tora Tora pada hantaran Facebook. Polis mohon siasat. Hina nabi tak boleh dimaafkan,” kata Meor Ahmad Zainal.

Bagaimanapun, ada pengguna Facebook meninggalkan komen mendakwa contengan itu telah dipadam.

Baca Lagi:
Sebab Syamsul enggan cerai Puteri Sarah, Ira Kazar menangis ‘melepas’ dapat gelaran Datin
Tarikh bayaran Bantuan E-Wallet RM200 setiap rakyat Malaysia
Kisah rumah tangga libatkan selebriti berlaku curang, Azlee Senario beri nasihat khas buat kaum lelaki
CATEGORIES