‘Menyentuh kalbu sungguh’, Datuk Siti Nurhaliza nyanyi lagu Tamil dapat 60,000 standing ovation. Terpegun, sebak, bangga! Itulah antara yang dirasakan oleh rakyat Malaysia selepas melihat persembahan puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa.
Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah lagu itu dinyanyikan oleh Siti pada pada konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlangsung pada Sabtu.
Kemerduan alunan suara Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin telah memukau 60,000 penonton yang berada di stadium sehingga diberikan standing ovation sebagai tanda hormat.
Bukan itu sahaja, nama Siti juga menjadi trending sehingga kini di laman sosial Twitter.
Rata-ratanya masih tidak boleh melupakan malam penuh bermakna itu selain membicarakan tentang kehebatan Siti sewaktu menyampaikan lagu ciptaan A.R Rahman itu.
Antara komen yang diterima:
Menyentuh kalbu sungguh mendengar Datuk @CTNurhaliza11 menyanyikan lagu Munbe Vaa di #ARRLiveInMalaysia semalam. Sebutan perkataan2 Tamil yang disampaikan melalui lagu tersebut amat sempurna, menunjukkan komitmen beliau melatih dalam usaha memberikan persembahan yang terbaik.
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) January 29, 2023
DATUK SITI NURHALIZA SINGING MUNBE VAA WAS THE HIGHLIGHT OF THE ENTIRE CONCERT. WHAT A PROUD MOMENT FOR MALAYSIANS!!!! @shreyaghoshal@CTNurhaliza11 @arrahman @Rahmaniac_Msia @dmycreationoffl#ARR #ARRahman #secretofsuccess #ARRLiveInMalaysia #sitinurhaliza #Munbevaa pic.twitter.com/7rxapGwDlE
— Verra Kathaigal (Different Stories) (@verrakathaigal) January 28, 2023
Our Datuk Siti Nurhaliza 🥹❤️🔥
Slaying Munbe Vaa 😭❤️#ARRahman #ARRLiveInMalaysia pic.twitter.com/YE79XwFVFH— Addictey✨ (@CaddictsCw) January 28, 2023